HUKUM-HUKUM PUASA | Koleksi Ceramah Mp3 DLL HUKUM-HUKUM PUASA -

HUKUM-HUKUM PUASA


Pengertian puasa :
Menurut istilah syara’ berarti menahan diri dari sesuatu perkara yang membatalkan puasa dari masuk waktu subuh sampai masuk waktu maghrib dan dengan niat.
Dalil wajib puasa Ramadhan ialah Firman Allah Ta’ala yg bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu semua berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat2 sebelum kamu supaya kamu semua menjadi orang2 yang bertakwa” (Al Baqarah: 183)

Syarat Sah Puasa :
1. Islam
2. Berakal
3. Bersih dari haid/ nifas
4. Pada waktu2 diharuskan untuk berpuasa
Tidak sah puasa bagi orang kafir, orang gila walau pun sekejap, perempuan haid atau nifas dan puasa pada waktu yang diharamkan berpuasa, seperti hari raya atau hari tasyriq. Adapun perempuan yang terputus haid atau nifasnya sebelum fajar, maka puasanya tetap sah dengan syarat dia telah telah berniat, sekali pun belum sempat mandi hadas sehingga masuk waktu subuh.

Syarat Wajib Puasa :
1. Islam
Puasa tidak wajib bagi orang kafir dalam hukum dunia, namun di akhirat mereka akan diazab karena tidak berpuasa dan kekafirannya dan orang kafir yang memeluk Islam tidak wajib mengqadha puasanya yang dia tinggal di dalam masa kafirnya.
Adapun orang murtad, maka wajib baginya mengqadha puasa yang dia tinggal di dalam masa murtadnya apabila ia kembali masuk Islam.
2. Baligh dan Berakal
Anak yang belum baligh tidak wajib puasa, tetapi ibu bapa hendaklah menggalakkan mereka berpuasa agar terbiasa dengan ibadah puasa apabila mereka sudah baligh.
3. Mampu mengerjakan puasa
Orang yang tidak mampu berpuasa atau orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh tidak wajib berpuasa dan mereka wajib mengganti puasanya dengan membayar fidyah secupak makanan kepada orang2 miskin untuk sehari puasa yang ditinggalkannya.
4. Mukim
Orang yang sedang musafir tidak wajib berpuasa dan hendaklah mengqadha puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkannya sebab musafirnya itu tetapi jika dia berpuasa maka adalah lebih baik baginya.

Rukun-rukun Puasa
1. Niat sama untuk puasa wajib maupun sunat dan waktunya mulai terbenamnya matahari hingga sebelum masuk waktu subuh.
Contoh niat puasa Ramadhan ialah :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ ِللهِ تَعَالَى
“Saya berniat mengerjakan puasa fardhu Ramadhan esok hari kerana Allah Taala."”.
Niat disyaratkan dilakukan setiap malam hari selama bulan Ramadhan. Niat tempatnya di dalam hati, tanpa niat puasanya tidak Sah. Adapun mengucapkan niat pada lidah adalah harus atau sunat bukannya wajib.
Bolih berniat untuk sebulan seperti dniatkan :
Sahaja aku berpuasa fardhu Ramadhan sekeliannya tahun ini kerana Allah Taala.
Bila telah berniat sebulan, wajib pula berniat setiap malam berikutnya dan pada mala yang dia terlupa berniat maka puasanya sah sebab telah berniat sebulan pada awalnya.
Jika puasa sunat, sunat diniatkan malam hari tetapi jika berniat pada siang hari maka masih sah puasanya dengan syarat belum melakukan perkara yang membatalkan puasa.
2. Meninggalkan perkara yang membatalkan puasa, kecuali jika lupa atau dipaksa maka tidaklah membatalkan puasanya.
Perkara2 yang membatalkan puasa
1. Memasukkan dengan sengaja sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka seperti mulut, hidung, telinga dan qubul atau dubur. Jika dalam keadaan lupa atau dipaksa maka puasanya sah.
Had batal bagi mulut ialah melepasi kerongkong dan bagi hidung ialah melepasi tulang hidung menurut satu pendapat dan bagi telinga ialah melepasi gegendang telinganya menurut satu pendapat.
2. Murtad yakni keluar dari agama Islam, samada dengan niat dalam hati atau perkataan atau perbuatan.
3. Haid, nifas dan melahirkan anak.
4. Gila
5. Pingsan dan hilang aqal sehari penuh. Jika pingsan sekejap puasanya tetap sah. Adapun tidur, tidak membatalkan puasa sekalipun lama.
6. Bersetubuh dengan sengaja.
7. Mengeluarkan mani dengan sengaja sama ada dengan tangan atau berkhayal atau melihat sesuatu yang menaikkan syahwat.
8. Muntah dengan sengaja.
wallahua'lam

Kredit : Ustaz Azhar Original
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails