BIODATA RASULULLAH S.A.W -Tdk Kenal maka Tak Cinta | Koleksi Ceramah Mp3 DLL BIODATA RASULULLAH S.A.W -Tdk Kenal maka Tak Cinta -

BIODATA RASULULLAH S.A.W -Tdk Kenal maka Tak Cinta

BIODATA RASULULLAH S.A.W


Serba sedikit tentag Rasulullah SAW

Nama penuh
Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim 

Tarikh lahir: 

Subuh Isnin, 12 Rabiulawal/ 20 April 571M ( Dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Ka'abah di Kota Mekkah


Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah


Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim 

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf 

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib 

Bapa-bapa saudara
• Al-Harith bin Abdul Muthalib 
• Muqawwam bin Abdul Muthalib 
• Zubair bin Abdul Muthalib 
• Hamzah bin Abdul Muthalib 
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib 
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib 
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib 
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib 
• Hijl bin Abdul Muthalib 
• Dzirar bin Abdul Muthalib 
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib 

Nama Ibu susuan Rasulullah
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) 

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun 

Nama isteri-isteri Rasulullah
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a 
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a 
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar) 
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab 
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah) 
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a 
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith 
8. Safiyah bt. Huyay 
9. Zainab bt. Jansyin 
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah 
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah 
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin) 

Nama anak-anak Rasulullah: 
1. Qasim 
2. Abdullah 
3. Ibrahim 
4. Zainab 
5. Ruqaiyah 
6. Ummi Kalthum 
7. Fatimah Al-Zahra' 
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah] 

Pengalaman bekerja Rasulullah: 
  • Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
  • Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
  • Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
  • Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
  • Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
  • Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.


Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy. 

Sifat-sifat terpuji Rasulullah: 
- Berkata benar (siddiq) 
- Boleh dipercayai (amanah) 
- Penyampai ajaran Islam (tabliq) 
- Bijaksana (fatanah) 

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy. 

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: 
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun. 
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur. 
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." 
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah. 
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah. 

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam: 
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi) 
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun) 
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam) 
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib) 

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah: 
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." 
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 
- Berusia 40 tahun. 

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu: 
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku. 

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian. 

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."


Tarikh Kewafatan: Hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H / 8 JUN 632m


Tempat Wafat: Madinah Al - Munawwarah

Usia: 63 tahun
Bentuk Fizikal: Baginda Digambarkan sebagai seorang yang tegap, Ketinggian sederhana, Tidak Terlalu Tinggi Tidak Terlalu Rendah. Baginda Berkulit Putih Kemerah merahan. Wajahnya Tampan, Rambut Nabi S.A.W Tidak Terlalu Kerinting Tidak Terlalu Lurus, Rambutnya Ikal dan Mencecah Bahu. Kata-kata Baginda Lembut tetapi Bernada Tegas.Baginda Memiliki bola mata yang Hitam Pekat,Bulu Mata Yang Lentik serta Bahu Yang Lebar, Dada Baginda Berbulu, Telapak Tangan Dan Kaki Baginda tebal. Ketika Berjalan, Baginda Seakan - akan Berjalan Menuruni Tanah Yang Lanai. Ketika Menoleh,Baginda Menoleh(berbalik) Dengan Seluruh Badan. Diantara kedua Bahu Baginda Terdapat Tanda Kenabian.

Warna Kegemaran: Merah, Hijau, Putih


Makanan Kegemaran: Bali, buah kurma, buah tin dan buah anggur.


Sukan: Menunggang Kuda, Memanah Dan Berenang.



USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.




USIA 6 TAHUN
I
bunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘ Abdul Muttalib.





USIA 8 TAHUN
Datuknya, ‘ Abdul Muttalib pula meninggal dunia.Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN
 (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapahari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ‘ abah.Pembinaan semula Ka ‘ abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.







Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.”
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas RA)


**P/S : Sapa-2 yg ada info, bolehla add kt sini.. Mana tahu ada lagi yg kita tdk tahu.. 

Sumber :
1 , 2



Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails