Bolehkah solat sunat lagi setelah witir ? | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Bolehkah solat sunat lagi setelah witir ? -

Bolehkah solat sunat lagi setelah witir ?



Dianjurkan untuk menjadikan solat witir sebagai penutup solat malam. Berdasarkan hadis dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akhiri solat kalian pada malam hari dengan solat witir.” (HR. Bukhari 998 dan Muslim 749).

Namun beberapa ulama mengatakan bahwa hadis di atas tidaklah melarang untuk solat sunat setelah witir kerana terdapat banyak dalil yang menunjukkan boleh solat setelah witir. Diantaranya,

1. Hadis dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, ketika menceritakan solat malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Kemudian baginda bangun untuk melaksanakan rakaat kesembilan, hingga beliau duduk tasyahud, beliau memuji Allah dan berdoa. Lalu beliau salam agak keras, hingga kami mendengarnya. Kemudian baginda solat dua rakaat sambil duduk.” (HR. Muslim 746)


An-Nawawi mengatakan, dua rakaat yang dikerjakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam setelah witir dalam posisi duduk adalah untuk menjelaskan bahwa dibolehkan mengerjakan solat setelah witir dan menjelaskan dibolehkan solat sunat sambil duduk, meski pun itu tidak baginda jadikan kebiasaan. Namun baginda lakukannya sesekali atau beberapa kali. (Syarh Shahih Muslim, 6:21).

2. Hadis dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, bahwa dia pernah melakukan safar(perjalanan) bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian baginda bersabda, “Sesungguhnya safar ini sangat meletihkan. Apabila kalian telah witir, kerjakanlah solat 2 rakaat. Jika tidak terbangun untuk solat malam nanti, dua rakaat itu menjadi pahala solat malam kalian.” (HR. Ibnu Hibban 2577, Ibnu Khuzaimah 1106, Ad-Darimi 1635).

3. Hadis dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya kepada Abu Bakr As-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu, ‘Bilakah kamu witir?’ ‘Di awal malam setelah solat Isya.’ jawab Abu Bakr. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada Umar: ‘Bilakah kamu witir?’ ‘Di akhir malam.’ Jawab Umar. Lalu baginda bersabda, “Untuk anda wahai Abu Bakr, anda mengambil sikap hati-hati. Sementara kamu Umar, mengambil sikap sungguh-sungguh.” (HR. Ahmad 14535, Ibn Majah 1202).

Banyak ulama juga menegaskan, di bolehkan solat sunat setelah witir. Berikut beberapa keterangan mereka,
1. Ibnu Hazm mengatakan,“Witir dilakukan di akhir malam, lebih afdhal, dan jika dilakukan di awal malam, itu baik. Boleh solat setelah witir, dan tidak boleh mengulangi witir dua kali.” (Al-Muhalla, 2/91)

2. An-Nawawi menjelaskan, “Apabila ada orang yang telah mengerjakan witir (di awal malam) dan dia hendak solat sunat di akhir malam, hukumnya boleh dan tidak makruh. Dan dia tidak perlu mengulangi witirnya. Dalilnya adalah hadis Aisyah radhiyallahu ‘anhu, ketika beliau ditanya tentang witir yang dikerjakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam…” – kemudian An-Nawawi menyebutkan hadis Aisyah di atas. (Al-Majmu’, 4/16).
3. Ibnu Qudamah mengatakan, “Siapa yang melakukan witir di awal malam, kemudian dia bangun untuk tahajud, dianjurkan untuk mengerjakan solat 2 rakaat-2 rakaat dan tidak perlu membatalkan witirnya. Kesimpulan ini berdasarkan riwayat dari Abu Bakr As-Shidiq, Ammar bin Yasir, Sa’d bin Abi Waqqash, A’idz bin Amr, Ibn Abbas, Abu Hurairah, dan Aisyah radhiyallahu ‘anhum.” (Al-Mughni, 2/120).

Ketiga, bagi kaum muslimin yang hendak mengerjakan solat sunat setelah witir, dia tidak boleh melakukan witir lagi setelah tahajud. Berdasarkan hadis dari Thalq bin Ali radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak boleh melakukan 2 kali witir dalam satu malam.” (HR. Ahmad 16296, Nasai 1679, Abu Daud 1439).
Allahu a’lam


Sumber
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails