Panduan Untuk para Isteri | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Panduan Untuk para Isteri -

Panduan Untuk para Isteri



Kaum Hawa merupakan golongan yang mudah masuk ke dalam neraka, dan juga yang mudah untuk masuk ke dalam syurga. Jika dia sudah berkahwin, dan mentaati segala perintah Allah SWT serta taat kepada suaminya, maka dia boleh memilih mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya. Namun ironinya, ada dari kalangan isteri memilih untuk tidak memilih jalan ke syurga. Contohnya, menayangkan aurat di hadapan ajnabi, melunakkan suara dan berpakaian untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Berikut merupakan panduan atau tips yang kita boleh jadikan ikutan untuk menjadi wanita solehah:


  • Tidak Membuka Aib Suami – Tidak ada suami yang begitu sempurna samalah seperti hakikat tiada manusia yang sempurna. Tetapi anggaplah bahawa suami itu sempurna di mata kita. Janganlah sesekali kita membuka aib suami, tidak kiralah sama suami itu tahu ataupun tidak. Kadang kala cerita-cerita yang kurang enak diperdengarkan kepada orang lain boleh menimbulkan fitnah terutama kepada suami. Sebagai contoh, suami mempunyai tabiat buruk suka tidur berdengkur. Jadi kita menganggap itu sebagai satu gurauan dengan menceritakan kepada rakan-rakan yang lain.
  • Berhias Untuk Suami – Hakikatnya wanita sekarang lebih suka berhias di luar rumah berbanding di dalam rumah. Namun begitu tidak semua. Berhiaslah di hadapan suami kerana bukankah kecantikan isteri itu hanya untuk tatapan si suami. Hiburkanlah hati suami supaya dirinya rasa terhibur dengan tingkah laku si isteri. Sesekali pakailah pakaian yang membangkitkan perasaan ghairah khas untuk suami.
  • Mentaati Suami – Isteri yang mahu disayangi suami dan diredhai oleh Allah SWT hendaklah sentiasa mentaati suami. Jika suami melarang, maka tinggalkanlah. Jika suami suka, maka lakukanlah. Hatta sekali kita mahu melangkah keluar rumah, ia perlu mendapat izin suami terlebih dahulu. Namun jika suami mengarahkan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Islam, maka ia perlu dijauhkan antaranya seperti suami melarang isteri bersolat, berpuasa dan sebagainya.
  • Air Tangan Untuk Suami – Suami pasti akan mersa gembira apabila segala hal makan minumnya dijaga oleh air tangan isterinya. Itulah yang menjadi berkat kepada rumah tangga yang masih tidak ramai yang mengetahuinya. Untuk pengetahuan anda, berkat membaca bismillah sebelum menyediakan juadah untuk suami adalah satu perkara yang baik. Jangan lupa untuk berniatdalam hati dan berdoa supaya air tangan ini mampu memberikan kebahagian pada suami anda.
  • Redha Suami – Harus diingat bahawa syurga isteri berada di bawah keredhaan suaminya untuk pengetahuan kita semua. Hal ini bermaksud bahawa kita kena selalu beringat dan renungkan bahawa suami yang akan memimpin isteri masuk ke dalam syurga nanti. Jika kita mempunyai sifat panas baran terhadap suami maka para isteri hendaklah mengubah sikap tersebut. Adalah lebih baij jika isteri dan suami sentiasa bermaaf-maafan sebelum tidur kerana ajal maut kita tak boleh jangka bila ia akan tiba.
Credit : Hafizamri
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

Related Posts with Thumbnails