Siapakah Imam Bukhari Sebenarnya? | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Siapakah Imam Bukhari Sebenarnya? -

Siapakah Imam Bukhari Sebenarnya?

İmage


Buta pada masa kecilnya. Keliling dunia mencari ilmu. Menghafal ratusan ribu hadis. Karyanya menjadi rujukan utama sesudah al-Quran.



Imam Bukhari lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 Hijrah. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Ismail bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al- Bukhari Al-Juâ€fi. Beliau digelar Al-Imam Al-Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan Al-Imam Al-Bukhari.

Datuk beliau, Al-Mughirah, asalnya beragama Majusi (Zoroaster), kemudian memeluk Islam menerusi perantaraan Gabenor Bukhara yang bernama Al-Yaman Al-Juâ€fi. Manakala ayah beliau, Ismail bin Al-Mughirah, seorang tokoh yang tekun dan gigih dalam menuntut ilmu, sempat mendengar kehebatan Al-Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah bersalaman dengan Abdullah bin Al-Mubarak.

Sewaktu kecil Al-Bukhari buta kedua-dua matanya. Pada suatu malam ibunya bermimpi melihat Nabi Ibrahim yang mengatakan, “Hai Fulanah (yang dimaksudkan adalah ibu Al-Imam Al-Bukhari), sesungguhnya Allah telah mengembalikan penglihatan kedua-dua mata puteramu kerana selalu berdoa”. Ternyata pada pagi harinya si ibu menyaksikan bahawa Allah telah mengembalikan penglihatan kedua-dua belah mata puteranya itu.

Ketika berusia sepuluh tahun, Al-Bukhari mula menuntut ilmu. beliau mengembara ke Balkh, Naisabur, Rayy, Baghdad, Bashrah, Kufah, Makkah, Mesir, dan Syam. Di antara gurunya yang sangat terkenal adalah Abu ‘Ashim An-Nabiil, Al Anshari, Makki bin Ibrahim, Ubaidaillah bin Musa, Abu Al Mughirah, ‘Abdan bin ‘Utsman, ‘Ali bin Al Hasan bin Syaqiq, Shadaqah bin Al Fadhl, Abdurrahman bin Hammad Asy-Syuâ€aisi, Muhammad bin ‘Arâ€arah, Hajjaj bin Minhaal, Badal bin Al Muhabbir, ‘Abdullah bin Rajaâ€, Khalid bin Makhlad, Thalq bin Ghannaam, Abdurrahman Al Muqriâ€, Khallad bin Yahya, Abdul ‘Azizi Al Uwaisi, Abu Al Yaman, ‘Ali bin Al Madini, Ishaq bin Rahawaih, Nuâ€aim bin Hammad, Al Imam Ahmad bin Hanbal, dan sederet imam dan ulama ahlul hadis lainnya.

Murid-murid beliau tidak terhitung jumlahnya. Di antara mereka yang paling terkenal ialah Al-Imam Muslim bin Al-Hajjaj An-Naisaburi, penyusun kitab Sahih Muslim.

Al-Bukhari sangat terkenal dengan kecerdasannya dan kekuatan hafalannya. Beliau pernah berkata, “Saya hafal seratus ribu hadis sahih, dan saya juga hafal dua ratus ribu hadis yang tidak sahih”. Pada kesempatan yang lain beliau berkata, “Setiap hadis yang saya hafal, pasti dapat saya sebutkan sanad (rangkaian perawi-perawi)-nya.”

Beliau juga pernah ditanya oleh Muhamad bin Abu Hatim Al-Warraaq, “Apakah engkau hafal sanad dan matan setiap hadis yang engkau masukkan ke dalam kitab yang engkau susun (maksudnya: kitab Sahih Bukhari)?” Beliau menjawab, ”Semua hadis yang saya masukkan ke dalam kitab yang saya susun itu sedikit pun tidak ada yang samar bagi saya.”

İmageMakam Imam Al-Bukhari


Anugerah Allah kepada Al-Bukhari berupa ketokohan di bidang hadis telah mencapai puncaknya. Tidak menghairankan jika para ulama dan para imam yang sezaman dengannya memberikan pujian kepada beliau. Berikut ini adalah sederet pujian termaksud:

Muhammad bin Abi Hatim berkata, “Saya mendengar Abu Abdillah (Al-Imam Al-Bukhari) berkata, “Para sahabat ‘Amr bin ‘Ali Al Fallaas pernah meminta penjelasan kepada saya tentang status (kedudukan) sebuah hadis. Saya katakan kepada mereka, “Saya tidak mengetahui status (kedudukan) hadis tersebut”. Mereka jadi gembira dengan sebab mendengar ucapanku, dan mereka segera bergerak menuju ‘Amr. Lalu mereka menceritakan peristiwa itu kepada ‘Amr. ‘Amr berkata kepada mereka, “Hadis yang status (kedudukannya) tidak diketahui oleh Muhammad bin Ismail bukanlah hadis”.

Al-Imam Al-Bukhari mempunyai karya besar di bidang hadis, iaitu kitab beliau yang diberi judul Al-Jami†atau disebut juga Ash-Shahih atau Sahih Al-Bukhari. Para ulama mengatakan bahawa kitab Sahih Al-Bukhari ini merupakan kitab yang paling sahih sesudah kitab suci al-Quran.

Ketakwaan dan kesolehan Al-Bukhari merupakan sisi lain yang tidak perlu dilupakan. Berikut ini diketengahkan beberapa pernyataan para ulama tentang ketakwaan dan kesolehan beliau agar dapat dijadikan teladan.

Abu Bakar bin Munir berkata, “Saya mendengar Abu Abdillah Al-Bukhari berkata, “Saya berharap bahawa ketika saya berjumpa Allah, saya tidak dihisab dalam keadaan menanggung dosa ghibah (mencela orang lain)”.

Abdullah bin Saâ€id bin Jaâ€far berkata, “Saya mendengar para ulama di Basrah mengatakan, “Tidak pernah kami jumpai di dunia ini orang seperti Muhammad bin Ismail dalam hal maâ€rifah (keilmuan) dan kesolehan”.

Sulaim berkata, “Saya tidak pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri semenjak enam puluh tahun orang yang lebih dalam pemahamannya tentang ajaran Islam, lebih warak (takwa), dan lebih zuhud terhadap dunia daripada Muhammad bin Ismail.”

Al Firabri berkata, “Saya bermimpi melihat Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam di dalam tidur saya”. Baginda Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada saya, “Engkau hendak menuju ke mana?” Saya menjawab, “Hendak menuju ke tempat Muhammad bin Ismail Al-Bukhari”. Baginda Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam berkata, “Sampaikan salamku kepadanya!”

Al-Imam Al-Bukhari meninggal pada malam Aidilfitri tahun 256 Hijrah ketika beliau mencapai usia 62 tahun. Jenazah beliau dikebumikan di Khartank, nama sebuah desa di Samarkand, Uzbekistan.

Sumber : Ummatanwasatan.net
Gambar Kredit to : maptam.blogspot.com
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

Related Posts with Thumbnails