Mengaku diri salafi sedangkan bermusuh dengan manhaj salafussoleh? | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Mengaku diri salafi sedangkan bermusuh dengan manhaj salafussoleh? -

Mengaku diri salafi sedangkan bermusuh dengan manhaj salafussoleh?




Bagaimana seseorang atau sekumpulan orang tertentu boleh mengaku diri mereka salafi sedangkan bermusuh dengan manhaj salafussoleh, serta ulamak dan umat Islam yang mengikut salafussoleh ?
Contohnya :
1. Imam Asy Syafie tidak pernah menyatakan tahlilan itu sebagai bid'ah sesat atau haram. Tetapi Wahhabi mengatakannya sebagai haram dan bid'ah sesat masuk neraka serta mengatakan ia berasal dari ajaran hindu.

2. Imam Asy Syafie berpendapat zikir secara jahr boleh dilakukan oleh Imam kepada makmum selepas solat dengan tujuan untuk mengajar. Dan beliau MEMILIH untuk membaca zikir secara sirr kepada imam tanpa membid'ahkan mahupun melarang zikr secara jahr secara berjemaah selepas solat. Namun Wahhabi pula menyatakan perbuatan ini bid'ah sesat dan menyatakan Imam Asy Syafie melarang zikir secara berjemaah selepas solat.

3. Imam Asy Syafie menyatakan doa qunut dalam Solat Subuh adalah sunat berdasarkan hadith sahih. Namun ada wahhabi yang MELARANG dan menyatakannya tiada nas dari al Quran dan hadith. Jika berlapang dada, maka pengaku salafi pastinya membenarkan umat Islam untuk membaca doa qunut semasa solat subuh BUKAN MELARANGnya.

4. Imam Ahmad bin Hanbal membolehkan tawassul kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang telah wafat. Namun wahhabi pula menyatakan ia sebagai SYIRIK/KAFIR.

5. Imam Asy Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik, Imam Abu Hanifah memuji dan mengiktiraf tasawwuf dan ahli sufi yang benar. Wahhabi pula menghina, melekehkan, menolak, bahkan mengkafir dan mensyirikkan ahli sufi dengan gelaran penyembah kubur.

6. Majoriti ulamak dan umat Islam mengikut manhaj salafussoleh dengan mengikut mazhab mereka. Namun wahhabi mengajak umat Islam terus secara langsung merujuk kepada al Quran dan As Sunnah walaupun jahil. Sedangkan para ulamak yang bertaraf mufti mustaqil, mujtahid mazhab, mujtahid fatwa pun mengikut manhaj salafussoleh.

7. Penduduk di Dubai dan Abu Dhabi yang bermazhab Maliki dan dalam aqidah mengikut Asy'ari dihukum kafir oleh pengaku salafi ini disebutkan oleh Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali Ketua Lembaga Pengawasan Da'wah di Dubai dalam kitabnya : Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha. Kitab yang sudah diterjemahkan dalam Bahasa Indonesia ini mendedahkan tentang tulisan-tulisan ulamak wahhabi yang menyesatkan majoriti ulamak dan umat Islam.

8. Jumhur ulamak (Syafi'eyyah, Hanafi dan Hanbali) kecuali mazhab Maliki menyatakan sunat membaca lafaz niat sebelum solat. Namun ulamak dalam mazhab Maliki mensunatkan orang yang was-was untuk melafazkan niat solat untuk membantu dari kesamaran. Namun wahhabi menyatakan melafazkan niat adalah kurang akal dan agama.

Ada banyak lagi bukti yang membezakan antara pengaku salafi dengan manhaj salafussoleh. Ini contoh yang sangat sedikit sahaja.

Credit : #‎Via‬ Ustaz Ibnu Nafis
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

Related Posts with Thumbnails