Budaya berhutang zaman Sekarang. Mohon Terasa!
Masa datang meminjam, pujuk rayu dia tiada bandingan. Tapi, masa nak bayar balik, mudah pula terkena amnesia, bergantung kepada kadar yang dipinjam. Lagi sikit yang dipinjam, lagi teruk amnesia peminjam. Akhirnya, si pemberi pinjam jugaklah kena menebalkan muka bertanya khabar nasib dan status wang yang diberi pinjam dan berhadapan dengan kebarangkalian dilabel kedekut dan berkira.
Dan mungkin ada yang akan berkata, "Ala, sikit je yang dia pinjam, halalkan la." Ya, Alhamdulillah, setakat ni kalau jumlah yang sedikit, aku dah banyak menghalalkan tapi bukan itu isunya. Aku hanya nak tegur sikap orang kita yang tidak asing dengan berhutang ni. Diri sendiri kena cakna la, jangan sampai tuan peminjam datang menuntut. Bagi aku, bukan nilai yang dipinjam yang aku pandang, tapi sikap bertanggungjawab dan cakna terhadap hutang itu sendiri yang akan membuatkan aku tabik hormat. Susah nak cari orang yang sanggup ke kedai makan balik hanya disebabkan dia lupa nak bayar ais kosong yang bernilai 20 sen. Mana nak cari orang macam tuh sekarang?
Ingat, hutang kalau tak dibayar masa hidup, bawak sampai ke mati. Susah kita nanti. Moralnya, jangan berhutang kalau rasa diri kita sangat senang "lupa" dan tidak cakna dan peka untuk membayar hutang.
P/S: Sebab itu kadang-kadang, aku lagi suka meminjam dari memberi pinjam, sebab aku yakin dengan kemampuan aku membayar balik hutang, dengan izin Allah la semestinya. tongue emoticon
Kalau korang nak label aku kedekut atau berkira, terpulanglah. Korang mungkin tidak faham mesej yang aku cuba sampaikan. Sekian. Maaf kalau ada sesiapa yang terasa.
Kredit : Komik Sarkazam
3 comments
Haihhh... Betul sangat sangat... Sikit ke banyak tak penting...
Orang yang dipinjam tuu pulak yang malu... Sepatutnya yang malu adalah si peminjam --' - KTC
Hanya orang bodoh sombong dan gelap hati yang tak akan memahami kan tuan admin..:)
Hahaha.. xbaik kata cmtu.. Moga diorg yg berkenaan di beri Hidayah oleh Allah.. :)