Komik Perangai Orang Kita - "Kita kena tolong orang kita." | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Komik Perangai Orang Kita - "Kita kena tolong orang kita." -

Komik Perangai Orang Kita - "Kita kena tolong orang kita."


"Kita kena tolong orang kita."

Ungkapan ini banyak kali kita dengar dalam perbualan di antara masyarakat dengan orang-orang yang baru nak buka langkah untuk berniaga. Syabas diucapkan buat korang! Sayangnya, apa yang menyedihkan aku adalah apabila masyarakat hanya tahu sembang nak tolong bangsa sendiri tapi perbuatan mereka menunjukkan sebaliknya dan lebih kepada nak memperdajalkan bangsa sendiri.

Sebelum ada yang nak balun aku kenapa aku balun orang mintak diskaun, aku nak umumkan di sini, aku TIDAK mempersoalkan kesucian memberi diskaun kerana itu amalan terpuji lagikan pula ianya mirip kepada memberi sedekah. Tapi fokus aku kat sini adalah nak mempersoalkan kecenderungan orang kita yang suka mengambil kesempatan di atas nama hubungan dan bangsa termasuk di dalam hal perniagaan.

Ini cadangan aku untuk membaikpulih keadaan ini. Aku bahagikan kepada dua situasi:

Situasi A : Sebagai Pembeli

Jika betul ko memang ada niat nak tolong bangsa ko, amalkan sikap JANGAN MINTA DISKAUN SEBAB DIA KAWAN KAU. Kenapa? Sebab bila ko mintak diskaun, belanja modal dia pun boleh lari tambah2 pulak kalau kawan ko tuh baru je nak mula berniaga. Buktikan ko nak tolong dia seikhlas hati dengan menambah keuntungannya pada barang yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Lagi satu, kalau ko selalu mintak diskaun atas alasan kawan sama kawan, itu bermakna ko sudah mempergunakan persahabatan ko dengan dia untuk keuntungan ko je. Itu tak masuk lagi kes ko berhutang dengan kedai kawan ko tuh punya la banyak sampai kawan ko tuh naik malu nak tanya bila nak bayar balik barang yang ko ambik sesuka hati hanya disebabkan ko berstatus "kawan baik". Ini namanya kawan makan kawan!

Situasi B: Sebagai Peniaga

Betul, dalam keadaan ekonomi negara kita yang mengikut kata segolongan pemimpin, "masih lagi baik dari negara jiran" ni, memang kitorang sebagai pelanggan faham kenapa korang sebagai peniaga kena naikkan harga barang tertentu sebab nak balik modal yang memang dah mahal dari sumber. Tapi yang menjadikan kitorang bengang bila korang naikkan harga barang melampaui batas dan betul-betul cekik darah! Tambah-tambah kalau barang yang korang jual tuh satu benda keperluan dan tetiba susah nak cari kat kedai lain.

Berniagalah dengan ikhlas dan amanah. Letak harga yang kena dengan pasaran semasa. Jangan gelogoh nak kaya. Ingat, bila korang BOLEH jual murah, kedai korang akan jadi viral, dan keuntungan untuk jangka masa panjang menanti korang. Dan jika barang itu memang mahal harganya, cuba jelaskan kepada pembeli sebaik mungkin. Aku yakin kalau pelanggan itu ada otak, dia akan faham akan hakikat semasa.

-----

Jika korang ada penyelesaian yang lagi baik dan berkesan, aku sangat mengalu-alukan pandangan korang semua di ruangan komen. Jom kita cambah pahala dengan berkongsi informasi yang berguna buat masyarakat. Insya Allah boleh bawa ke akhirat kelak. Sekian. #POK

(Posting ini mungkin akan dikemaskini dari masa ke semasa)


Kredit : Komik Sarkasam
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

1 comments :

Related Posts with Thumbnails