Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-banga ke atas orang lain, untuk menjadi kaya atau untuk mendapat nama – walaupun dengan cara yang halal – dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah SWT akan sangat murka terhadapnya. Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga; maka pada Hari Kiamat dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama. (HR Baihaqi)