Kelebihan Solat Witir & Hukum2 Berkaitan Witir | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Kelebihan Solat Witir & Hukum2 Berkaitan Witir -

Kelebihan Solat Witir & Hukum2 Berkaitan Witir




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Solat sunat witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah saw sentiasa melakukan solat witir baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.


Rasulullah saw bersabda yg artinya:
“Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”
(Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim )
.
Dinamakan Solat Sunat Witir kerana bilangan rakaatnya ganjil. Sabda Rasulullah saw yg artinya:

“Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”
(Riwayat oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).

Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
Witir Penutup Solat
.
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (waktu subuh). Ia dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

Rasulullah saw bersabda yg artinya :
“Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.

Rasulullah saw bersabda yg artinya :
“Sesiapa yang berasa dirinya tidak kuasa untuk bangun pada akhir malam, eloklah mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya kuasa dan yakin akan dapat bangun pada akhir malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)

Hukum yang berkait solat witir :

-Solat witir ialah antara solat sunat yang Nabi saw paling suka mengerjakannya.

-Solat witir dikerjakan selepas solat Isyak.
-Solat witir disunatkan setiap malam sepanjang tahun bukan di bulan Ramadhan sahaja seperti sangkaan orang2 awam.

-Siapa yang terluput solat witir pada malamnya sebab uzur padahal selalu diamalkannya, harus diqadhanya pada siang hari.

-Solat witir tidak wajib bahkan sunat yg sangat besar pahalanya.

-Harus dikerjakan berjemaah atau sendirian. Setengah fuqahak mengatakan afdhal dikerjakan berjemaah pd bulan Ramadhan selepas solat terawih jika ada dikerjakan olih orang ramai.

-Jika dikerjakan 3 rakaat, afdhal dibuat dua solat iaitu 2 rakaat satu salam kemudian satu rakaat satu salam. Jika dikerjakan 3 rakaat satu salam ia adalah harus.

-Bolih dikerjakan sekali sahaja pada satu malam kerana hadith menghadkan solat witir itu sekali sahaja untuk satu malam.

-Bolih dikerjakan sambil duduk sekalipun mampu solat dalam keadaan berdiri.

-Afdhal dikerjakan sebagai solat yg terakhir pada waktu malam. Tetapi harus jika solat2 lain menjadi yang terakhir.

-Jika dikerjakan witir pada awal malam, tida lagi bolih diulangi pada akhir malam tetapi bolih dikerjakan solat2 sunat yg lain seperti tahajjud kerana mengikut amalan Abu Bakr As-Siddiq r.a.

Rujukan : Al-Majmu' Syarh Muhazzab & Fatawa Al-Azhar As-Syarif

Kredit : Ustaz Azhar Idrus Original
http://tukang-sampai.blogspot.com/
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails