Kebaikan dan Keburukan dalam Berharta | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Kebaikan dan Keburukan dalam Berharta -

Kebaikan dan Keburukan dalam Berharta

Baginda Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa,”Bagi setiap ummat ada satu fitnah;bagi ummatku fitnahnya adalah harta.”Oleh itu,menyelamatkan diri daripada fitnah ini dan racunnya adalah satu perkara yang besar.

Imam Ghazali berkata bahawa di dalam harta ada manfaat,ada juga mudarat.Umpamanya seperti ular bagi sesiapa yang pandai menjinaknya maka dia menangkapnya dan mencabutkan giginya yang berbisa itu lalu membuat penawar daripada racunny.Sebaliknya,jika seseorang yang tidak pandai menjinakkan ular itu akan mematuknya dan ia akan binasa.Seseorang itu akan selamat dari racun harta jika ia menjaga lima perkara:
  •  Memikirkan akan tujuan harta iaitu dengan tujuan apakah ia telah dijadikan supaya ia boleh memberi tumpuan pada tujuan itu sahaja.
  • Menjaga dengan teliti cara mendapatkan harta.Sentiasa menjaga cara untuk memperolehi harta supaya tidak tercampur dengan sesuatu cara yang tidak dibenarkan oleh syariah.Contohnya,hadiah yang ada kemungkinan bercampur dengan unsur-unsur rasuah.Ataupun meminta-minta yang boleh mendatangkan kehinaan
  • Tidak akan menyimpan lebih daripada keperluan.Hanya terpaksa menyimpan sekadar yang benar-benar diperlukan.Tetapi yang lebih daripadanya hendaklah dibelanjakan dengan serta merta.
  • Menjaga cara membelanjakan harta supaya tidak dibelanjakan ke atas sesuatu perkara yang tidak patut ataupun tidak berlaku perbelanjaan yang tidak dibenarkan oleh syariah
  • Menjaga keikhlasan niat semasa mencari harta,membelanjakannya dan juga menyimpan sekadar keperluan sendiri semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.Apa yang disimpan dan digunakan juga dengan niat memperolehi kekuatan untuk mentaati perintah Allah.Apa yang lebih daripada keperluan harus dibelanjakan dengan kefahaman bahawa ia adalah tidak berguna.Membelanjakan yang lebih daripada keperluan dengan peraasaan hina terhadapnya dan bukan dengan perasaan bahawa ianya sesuatu yang besar dan mulia.

:::Maahad Tahfiz As-Sohabah
:::Kebaikan dan Keburukan dalam Berharta
:::Sumber : Fadhilat Sedekah JILID 2::Syaikhul Hadith Hadrat Maulana::Muhammad Zakariya Rahmatullaha Alahi
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

Related Posts with Thumbnails