Sejarah Al-Quran | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Sejarah Al-Quran -

Sejarah Al-Quran

Dr Subhi Al-Salih mengemukakan satu pendapat yang kuat mengenai definisi al-Quran iaitu al-Quran bermaksud ‘bacaan’ yang berasal daripada perkataan qara’a (قَرَأَ). Inilah salah satu definisi al-Quran dari segi bahasa.
Dari segi bahasa terdapat 3 makna:
1) Qara’a bererti mengumpulkan dan menghimpun.
2) Qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi.
3) Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infinitif) dari kata qara’a, qiraatan, quranan.
Di dalam al-Quran juga terdapat perkataan Quran seperti berikut:
“Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan KAMI. Kerana itu jika KAMI telah membacakannya, hendaklah kamu ikut bacaannya.” [surah al-Qiyaamah ayat 17-18]
“Dan, apabila dibacakan Quran, maka dengarlah dan perhatikanlah ….” [surah Al-A’raaf ayat 204]
Perkataan ‘Quran’ itu adalah khusus sebagai nama kepada kitab yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ia juga dapat diertikan sebagai kalam Allah S.W.T. Kalam Allah yang diwahyukan kepada nabi-nabi lain sebelum Nabi Muhammad S.A.W tidak dikenali sebagai al-Quran sebagai contoh kitab Injil kepada Nabi Isa a.s. dan kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.

Dari segi istilah:

Definisi Quran sukar untuk diberi batasan-batasan dengan definisi-definisi logika sehingga ianya memiliki batasan yang benar-benar konkrit. Ulama menyebutkan definisi Alquran yang mendekati maknanya dengan membezakan dari yang lain dengan menyebutkan bahawa Al-Quran adalah kalam atau firman Allah yang diturunkan kepada Muhammad saw. yang pembacaannya merupakan ibadah. Maka terdapat 3 perkara utama dalam definisi yang diberikan ini yakni:
1) Al-Quran adalah kalam atau firman Allah.
2) Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
3) Pembacaan al-Quran satu ibadah.
Dalam definisi kalam merupakan kelompok jenis yang meliputi segala kalam. Dan, dengan menggabungkannya kepada Allah (kalamullah) bererti tidak termasuk semua kalam manusia, jin, dan malaikat.
Dan, dengan kata-kata yang diturunkan, maka tidak termasuk kalam Allah yang sudah khusus bagi milik-Nya.
>Kalam Allah (kalamullah) = kelompok jenis yang meliputi segala kalam yang tidak termasuk semua kalam manusia, jin, dan malaikat. Serta dengan kata-kata yang diturunkan, tidak termasuk kalam Allah yang sudah khusus baginya.
“Katakanlah, ‘Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menuliskan firman Rabku, akan habislah lautan sebelum firman Rabku habis ditulis, sekalipun Kami berikan tambahannya sebanyak itu pula.” [surah Al-Kahfi ayat 109].
“Dan, seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan sesudahnya tujuh lautan lagi, nescaya kalam Allah tidak akan habis-habisnya. [surah Luqman ayat 27].
“Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhiNya.” [surah Fussilat ayat 3-4].
Wallahualam.
Dipetik daripada: niaron (http://www.xpresi.org/definisi-al-quran/)
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit

Related Posts with Thumbnails