Sokong Industri/Ekonomi Islam
Pengajaran yang perlu para Muslim fahami.
1) Beli dan sokonglah bisnes orang Islam walaupun "mahal sedikit" sebab mahal mereka itu "dipaksa". Membantu sesama Islam dalam perniagaan terutamanya peniaga muslim yang "ditindas" seperti ini merupakan sunnah Nabi dan para Sahabat yang sangat jelas di dalam kitab-kitab sirah. Dalam mengikuti sunnah, pasti ada kejayaan.
2) Penting bagi peniaga muslim menaiktaraf dari "peniaga" kepada "usahawan" seterusnya menjadi "pengeluar" supaya harga tidak dimonopoli secara tidak adil oleh satu pihak sahaja. Kebiasaan peniaga Melayu-muslim suka merasa selesa dengan bisnes sedia dan hanya menambah kemewahan diri sendiri dan menambah liabiliti (rumah besar/ tambah kereta/ tambah handphone) tanpa memandang jauh nasib ekonomi umat Islam yang mungkin dia boleh beri sumbangan besar terhadapnya. Kerana itu Rasulullah mengajarkan para Sahabat untuk kekal zuhud walaupun telah berjaya mengambil alih ekonomi Madinah dan zuhud mereka kekal walaupun selepas khazanah Rom dan Parsi dibawah tapak kaki mereka. Jadi peniaga perlu tahan nafsu daripada menambah harta yang "tidak bergerak" a.k.a perhiasan dunia. Gunakan harta berlebihan itu untuk naik taraf perniagaan kalian sehingga menjadi pengeluar/pengilang. Maka muslim tidak perlu lagi tunduk pada penindasan non-muslim yang kini menjadi pengeluar utama. Dalam mengikuti sunnah, pasti ada kejayaan.
3) Utamakan ekonomi muslim, utamakan produk muslim, buy muslim's first. Beli barang non-muslim hanya jika terpaksa. Rasulullah dan para Sahabat Nabi berjaya rampas pasar-pasar besar Madinah daripada tangan Yahudi (yang telah menguasai ekonomi Madinah selama berabad-abad) selepas hijrah dari Mekah hanya melalui konsep "buy muslim's first". Dalam mengikuti sunnah, pasti ada kejayaan tanpa ragu.
4) Penting bagi muslim bergerak melalui persatuan/ kerjasama/ koperasi/ pertubuhan dan buang sikap "rambo" dalam perniagaan yang majoriti diamalkan oleh peniaga melayu-islam. Sejarah telah membuktikan, perniagaan Melayu-muslim yang pernah berjaya atau sedang berjaya menggegarkan dunia ekonomi Malaysia hanyalah bisnes yang dilakukan secara kerjasama seperti gerakan Al-Arqam, HPA, FELDA dan sebagainya. Dan konsep inilah yang diajarkan oleh Rasulullah kepada para Sahabat dalam bisnes. Dalam sunnah, pasti ada kejayaan.
5) Buang sifat syaitan dari hati. Melayu-islam sangat terkenal sebagai hati busuk sesama bangsa. Tak pernah kita dengar orang India atau Cina disantau Melayu sebab berniaga, tapi Melayu disihir/disantau Melayu sebab berniaga tu sangat ramai. Dan sihir itu syirik, gugur akidah orang yang amalkan sihir. Jangan kafirkan diri sendiri. Jauhi syirik, pelajari akidah yang betul, dalami tasawwuf dan bersihkan hati dari kebusukan merupakan ajaran agung Rasulullah dan dalam mengikuti sunnah Nabi itu pasti ada kejayaan.
///313/// We are from nowhere, but we are everywhere, so u! Must beware. ///313///
Sumber : Facebook Ibnu Batoota