Aplikasi Ensiklopedia 9 Kitab Hadith | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Aplikasi Ensiklopedia 9 Kitab Hadith -

Aplikasi Ensiklopedia 9 Kitab Hadith


                 


                 



[Aplikasi Ensiklopedia 9 Kitab Hadith]


Syarikat Lidwa dari Indonesia baru sahaja melancarkan aplikasi ensiklopedia 9 kitab hadith (kutub tis'ah) dalam versi android dan juga apple. 
Sebelum ini aplikasi ini hanya ada dalam bentuk perisian komputer sahaja. Di Malaysia pun ada dijual perisian versi komputer, tak silap saya harganya RM 100 lebih.
Antara kelebihan aplikasi ini :

1. Memaparkan lebih dari 62 000 hadith dari 9 kitab hadith (kutub tis’ah) yang boleh diakses tanpa kecuali.
2. Lengkap dengan teks bahasa Arab dan terjemahan bahasa Indonesia.
3. Lengkap dengan status kesahihan hadith (kecuali Musnad Ahmad dan juga Muwatha' Malik)

4. Teks dalam bahasa Arab dan terjemahan dalam bahasa Indonesia boleh dikongsikan (share)

5. Dilengkapi dengan fungsi carian dalam teks Arab atau terjemahan dalam bahasa Indonesia.

6. Dilengkapi dengan fungsi untuk melihat hadith-hadith yang berkaitan dengan hadith tersebut.

7. Ada fungsi Indeks hadith atau penkategorian hadith secara tematik (Iman, Akhlaq & Adab, Ibadah, dll)

8. Kumpulan hadith Qudsi, Mutawatir, hadith yang berkaitan dengan Al-Quran, Marfu, Mauquf, Maqthu, Mursal, Munqathi, Muallaq

9. Diagram Jalur Sanad : Jalan periwayatan hadis ditampilkan dalam bentuk diagram informatif.

10. Maklumat lengkap setiap perawi (periwayat) hadis bagi memudahkan kita mengetahui kredibiliti seseorang perawi.

11. Statistik jumlah periwayatan hadith dari seorang perawi pada 9 kitab hadith.

12. Huruf / font arab yang boleh ditukar mengikut kehendak masing-masing.

13. Fungsi bookmark, catatan dan highlight.

dan pelbagai fungsi menarik yang lain.


Link download:

Versi percuma ini ada beberapa kekurangan.
Versi pro boleh dilanggan dengan harga yang murah untuk setahun.

Sila sharekan pada rakan-rakan yang lain aplikasi ini.
Moga besar manfaatnya.
Saiz aplikasi : 240 mb

Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails