Komik Perangai Orang kita - Berbilang Bangsa | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Komik Perangai Orang kita - Berbilang Bangsa -

Komik Perangai Orang kita - Berbilang Bangsa


Benda yang paling aku bangga kalau cakap pasal orang kita ni; mereka sangat, sangat, sangat menghormati orang tua. Adab ini memang patut dicontohi oleh semua tak kira bangsa apa sekalipun atas dunia ni.

Tapi ada segelintir orang kita yang hanya menghormati orang tua yang berada dalam lingkungan bangsa senegaranya sahaja. Benda ni banyak sangat jadi depan mata aku sendiri. Tak kiralah kat restoran, kat stesyen minyak, atau kedai runcit yang ada menggajikan warga asing yang kebanyakannya datang daripada masyarakat Bangladesh. Terkedu aku tengok yang tukang maki jauh lagi muda dari yang kena maki, hanya kerana berbeza bangsa dan status kewarganegaraan.

Aku faham ramai yang tak suka dengan lambakan pekerja asing yang membanjiri negara, tapi itu bukan lesen untuk ko bersikap kurang ajar pada orang yang lagi tua dari ko. Bangla tak bangla, adab masih kena jaga. Diorang pun ada perasaan macam ko. Diorang pun reti malu, marah, dan kecewa bila kena marah di khalayak ramai. Islam tak ajar kita bersikap biadap, WALAUPUN dengan musuh Islam sendiri.

Sama ada mereka pendatang asing tanpa izin ke tak itu bukan urusan ko selagi diorang tak mendatangkan masalah pada ko. Jangan jadikan itu alasan untuk meninggikan suara, tambah-tambah lagi pada masalah yang remeh dan boleh slow-talk je.


Credit : Komiksarkazam

Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails