Bertaubat Dahulu Sebelum Terlambat | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Bertaubat Dahulu Sebelum Terlambat -

Bertaubat Dahulu Sebelum Terlambat

Imam Ar-Raghib Al-Ashfahani mengatakan bahawa dalam istilah syarak taubat adalah meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang telah dilakukan. Berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya dan berusaha melakukan apa yang boleh diulangi. Jika keempat hal itu telah terpenuhi bererti syarat taubatnya sempurna.
Iman An-Nawawi berkata para ulamak berkata bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat itu antara hamba dengan Allah yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia, maka syaratnya ada tiga seperti :


  1. Hendaklah ia menjauhi maksiat tersebut.
  2. Ia harus menyesali perbuatannya.
  3. Ia harus berkeinginan untuk tidak mengulangi lagi.
Jika salah satu hilang, maka taubatnya tidak sah. Dalil dari hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung tiada tuhan selain darinya yang Maha Hidup dan aku bertaubat kepadanya.” (Riwayat Tirmizi)
Dalil Al-Quran yang bermaksud :
“Dan Allah tidak sesekali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka, dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristiqhfar.” (Al-Anfaal : 33)
Zun-Nun Al-Masri ra menjelaskan Allah memiliki hamba-hamba yang menanam pohon-pohon kesalahan dan menyiramnya dengan taubat hingga berbuah duka dan penyesalan. Mereka gila, tetapi sebenarnya tidak. Bahkan merekalah yang mengenal Allah dan rasulnya. Lalu mereka meminum segelas air kesucian membuatnya agar sabar atas bala. Hati mereka menerawang, fikiran mereka menjulang antara bintang, bernaung di bawah penyesalan. Membaca lembaran kesalahan, membuat jiwanya terketar hingga sampai ke tinggian zuhud dengan tangga warak.
Ciri-Ciri Orang Beristiqhfar
  1. Agar memperoleh pengampunan Allah
  2. Agar mendapat kesenangan dan terlepas dari kerisauan.
  3. Agar dapat dimakbulkan doa.
Dalil Allah yang bermaksud :
“Aku berkata : pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun.” (An-Nuh : 10)
Kesimpulan
  1. Manusia wajib bertaubat dari segala dosa yang telah dilakukan.
  2. Bertaubat hendaklah dengan cara yang betul dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.
  3. Bertaubat hendaklah dengan ikhlas dan mempunyai sifat bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan maksiat tersebut.
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails