Bertudung : 4 perkara yang perlu dielakkan
Umum mengetahui akan kewajipan menutup aurat bagi seorang wanita islam. Namun tidak ramai yang begitu mengikuti tatatertib dalam bertudung. Ada yang berhijab terlampau mengikut fashion sehinggakan etika menutup aurat itu sendiri tidak terjaga.
Berikut merupakan 3 perkara wanita islam kena sentiasa awasi ketika ingin mengenakan tudung :
Rambut Yang Terkeluar
Seringkali mereka yang bertudung ,terutama mereka yang berambut panjang, rambut mereka akan keluar sedikit ketika bertudung., sama ada di bahagian dahi, telinga ataupun belakang.
Ini berlaku kerana anda mengenakan inner yang salah, ataupun cara mengikat rambut yang tidak begitu kemas.
Penyelesaian : Ikat rambut anda dengan tidak begitu ketat dan tidak pula terlalu longgar. Dan jangan pula ikat rambut anda secara tinggi kerana bila bertudung ia akan membentuk bonggol dan ia dilarang sama sekali dalam islam.
Untuk inner tudung pula, gunakan inner tudung yang elastik di bahagian wajah. Dengan cara ini rambut tidak akan terkeluar daripada tudung.
Tudung Transparent & Gaya Mickey Mouse
Tudung mickey ? ini mungkin anda jarang dengar . Pakai tudung tapi terlalu jarang, sehingga nampak telinga dan leher . Gaya ini sangat tidak memenuhi kehendak islam kerana masih dikira aurat kerana nampak di dalamnya.
Penyelesaian : Pilih tudung yang tebal, tidak jarang. Pilih yang tebal tapi selesa,mungkin sedikit mahal namun ia jauh lebih baik dari tudung yang sangat jarang.
Untuk tudung segi empat,boleh pakai inner yang memanjang ke leher atau dilipat menjadi segi tiga
Tudung Tidak Menutup Dada
Harus diingat lelaki matanya sangat liar. Ramai dalam kalangan wanita yang masih bertudung kecil walaupun mempunyai ukuran dada yang besar. Perkara ini sudah tentu boleh menimbulkan fitnah dan bahaya kepada wanita itu sendiri.
Penyelesaian : Gunakan tudung yang sedikit labuh. Mungkin di awal anda tidak terbiasa dengan tudung yang sedikit besar tapi lama kelamaan InsyaAllah anda boleh biasakan diri
Bertudung Tapi Pakai Legging/Seluar Terlalu Ketat
Terus terang sis katakan,wanita yang bertudung tapi memakai legging sangat buruk. Bukan sahaja buruk dari segi akhlak malah penampilan itu sendiri.
Jangan cemari imej islam dengan berpakaian begitu. Pakailah seluar atau kain yang mana ia tidak membaluti kaki anda semua.-suarapeople