Kerugian yang dialami apabila perempuan berkerja di luar rumah
DM nak nasihat kepada perempuan yang berkerja, berhentilah berkerja supaya dapat menguruskan makan, minum, pakaian suami dan anak-anak dan supaya suami jangan cari perempuan lain dan supaya anak-anak tidak memberi kasih sayang kepada orang lain.DM pernah terlihat anak saudara DM berlari menuju penjaganya dengan tidak mengendahkan ibunya padahal keduanya baru sama-sama balik dari kerja. Ibu tu marah melihat kelakuan anaknya, apabila si suami melihat keadaan itu, si suami pun menempelak si ibu “Kan aku dah kata dulu, berhenti kerja! berhenti kerja! jangan sampai satu hari nanti anak tak kenal ibunya”, Alhamdulilah akhirnya si ibu akur dengan apa yang dikatakan oleh si suami.
DM nak ajak pembaca melihat kerugian yang dialami oleh seorang perempuan yang berkerja di luar rumah.
Cuba kita teliti pendapatan yang diperolehi berbanding kerugian yang dialami:
Pendapatan
SPM RM 1500 lebih kurang
Gaji diploma RM 2500 lebih kurang
Gaji ijazah RM 3000 lebih kurang
Kerugian dari segi ekonomi
Apabila seorang perempuan itu berkerja maka anak-anak terpaksa diserahkan kepada orang lain untuk dijaga.
Upah menjaga bayi RM200,
Upah menjaga kanak-kanak RM180 jika dua orang anak RM 360,
Perbelanjaan pergi dan balik ke tempat kerja, RM 300
Perbelanjaan makan ditempat kerja, RM 154
Ansuran kereta ,RM 500
Ini tidak termasuk kos pakaian, alat solek.
Angaran belanja keseluruhan RM 1514 dan DM masukkan angaran kasar kos pakaian dan alat solek RM 300
Setelah dihitung maka perbelanjan keseluruhan RM 1514. Ini sebenarnya perbelanjaan kasar sekiranya kita teliti mungkin lebih tinggi dari itu. Dengan itu DM nak minta masing-masing tolak perbelanjaan itu tadi dengan gaji masing-masing.
DM nak tanya “Adakah berbaloi pengorbanan seorang wanita keluar meninggalkan keluarga dengan imbuhan sebanyak ini?”.
Kerugian dari segi sosial
Hubungan kekeluargan antara ibu dan anak menjadi renggang, anak tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya dari seorang ibu. Suami tidak mendapat perhatian isteri dengan secukupnya. Meningkatkan jenayah sosial seperti peningkatan kelahiran anak luar nikah, ini disebabkan kerana tidak mendapat didikan yang sempurna dari seorang ibu atau perempuan yang berkerja jauh dari lingkungan kawalan ibu bapa yang mudah terjebak dengan gejala sosial.
Kerugian daripada psikologi
Defeminisation of women (kehilangan sifat-sifat kewanitan), motherhood rejection (benci menjadi ibu dan memikul tanggungjawab keibuan) seperti tidak suka anak ramai, sukakan hari berkerja daripada hari rehat dirumah dan tekanan perasaan bagi isteri yang berpisah jauh dengan anak-anak dan suami
Kerugian dari segi ekonomi negara
Meningkatkan pengangguran di kalangan lelaki.
Kerajan terpaksa membayar gaji cuti bersalin dan penangungkerjanya
Bila perempuan berkerja terpaksa mengimport amah/bibik dari luar ini menyebabkan pengaliran keluar wang negara.
Kerugian dari segi agama
Percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, terkadang suami ditinggalkan dengan pembantu rumah, tabarruj (berhias bukan kerana suami), kesemua ini adalah haram.
DM nak ingatkan kepada pembaca bagaimana Jerman di bawah Hitler menyelesaikan masalah ekonominya dalam masa yang singkat dengan memberhentikan perempuan berkerja dan diganti dengan lelaki. Di Jepun dan Korea perempuan akan berhenti kerja apabila bersuami.
Banyak kehancuran tamadun dunia berlaku apabila perempuan campur tangan dalam urusan lelaki.
DM cadangkan kepada wanita islam “berkerjalah dirumah seperti menjahit pakaian dan lain. DM nak cadangkan pada kerajaan, wujudkan kilang dirumah, caranya mudah, sebagai contoh pembuatan pakaian boleh dikongsi oleh beberapa buah rumah, sebuah rumah memotong, satu rumah buat kocek, satu lagi buat badan, sehingga siap sehelai baju, cara ini cepat dan berkualiti kerana setiap orang menjadi mahir dengan apa yang dia buat. Cara ini juga dapat menyelesaikan masalah yang terjadi dengan sebab perempuan keluar dari rumah.
Baiklah kalau ada orang tanya kepada DM tidakkah Saidatina Khatijah seorang peniga yang berjaya? DM nak jawab dia tidak keluar dari rumah tetapi dia pemodal yang mengupah orang lain untuk memperdagangkan harta perniagaannya, bukan macam perempuan-perempuan di Pasar . Akhir kata keluarnya perempuan islam dari rumah untuk berkerja adalah menyahut seruan dekalarasi Yahudi di dalam satu muktamarnya di Mesir dalam era penjajahan British mengatakan “ Keluarkan wanita islam dari rumah mereka nescaya terbukalah aurat mereka dan tersebarlah gejala sosial “.
DM minta maaf, bukan niat saya nak merendahkan peranan wanita tetapi nak jaga agama.
Hafizamri