WUDHU'
PENGERTIAN WUDHU’,
Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu
perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan
sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan
dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu
kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan
rukun-rukun yang tertentu.
HUKUM WUDHU
Hukum wudhu’ adalah seperti berikut:
1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak
menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau
sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu
atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.
2. Sunat. Banyak perkara yang disunatkan
berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an,
membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau
kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah,
melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung
jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui
wudhu’.
HIKMAH WUDHU’
Hikmah berwudhu’ ialah kerana anggota-anggota
tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain
serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin.
FARDHU WUDHU’
1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka.
Niat wudu’ adalah seperti berikut:
Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.
“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.
atau
Maksudnya:
“Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.
“Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.
2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang
wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai
kedua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga
hingga ke anak telinga.
3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi
orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.
4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di
ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan
kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala.
5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.
6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada
yang pertama hingga akhir dengan teratur
SYARAT-SYARAT WUDHU’
Terdapat dua syarat dalam wudhu’ iaitu syarat
wajib dan syarat sah.
Syarat Wajib Wudhu’
1. Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Mampu menggunakan air yang suci adan
mencukupi.
5. Berlakunya hadath.
6. Suci daripada haidh dan nifas.
7. Kesempitan waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan
ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.
Syarat Sah Wudhu’
1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu
perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian
yang tertinggal.
2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang
sampainya air ke anggota wudhu’.
3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh
membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.
4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang
berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak
lawas.
Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhu’
mengikut ulama’ mazhab Syafi‘i, iaitu:
1. Islam.
2. Mumayyiz.
3. Suci daripada haidh dan nifas.
4. Bersih daripada apa sahaja yang boleh
menghalang sampainya air ke kulit.
5. Mengetahui kefardhuan wudhu’.
6. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam
wudhu’ sebagai sunat.
7. Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada
badan dan pakaian orang yang berwudhu’.
8. Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang
mengubahkan air.
9. Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’
dengan sesuatu.
10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’.
11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang
berhadath berterusan.
12. Muwalat, iaitu berturutan.
SUNAT WUDHU’
Perkara sunat ketika berwudhu’ adalah sangat
banyak, di antaranya ialah:
2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan
tangan.
3. Berkumur-kumur.
3. Berkumur-kumur.
4. Memasukkan air ke dalam hidung.
5. Menyapu seluruh kepala.
6. Menyapu dua telinga.
7. Menyelati janggut yang tebal.
8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang
kiri.
9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan
kaki.
10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had
yang wajib.
11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.
12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan
perceraian yang lama di antara satu anggota dengan anggota yang lain yang
menyebabkan anggota itu kering.
13. Menggosok anggota wudhu’ supaya lebih bersih.
14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.
15. Menghadap qiblat.
16. Membaca doa selepas berwudhu’, iaitu:
Maksudnya:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih.”
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih.”
PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’
1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau
qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air
wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani
diwajibkan mandi.
2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali
tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit,
pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui
keadaan dirinya.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang
halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah mati.
5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia)
dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri.
6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.