Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ditanya, siapakah yang paling mulia di antara manusia? Baginda SAW menjawab: Setiap orang yang hatinya Makhmum dan lidahnya jujur. Sahabat r,hum bertanya; Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang dimaksudkan dengan hati Makhmum? Baginda SAW menjawab: Makhmum ialah orang yang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikit pun perasaan dengki atau irihati padanya. (HR Ibnu Majah)