Adakah Qasidah Bid'ah ?
Ustaz, adakah qasidah itu bidaah adakah dalil yg membenarkannya ?
Jawapan Ustaz Mustaffa Kamal
Tak bidaah sayang, dalilnya banyak tak larat nak tulis,bacalah bawah ni,
Ketahuilah qasidah adalah merupakan bentuk pujian terhadap baginda s.a.w dan ini digalakkan.Dua af'al Allah terhadap baginda s.a.w. yg tercatat dalam Al Quran iaitu
1- Berselawat kepada baginda s.a.w. Rujuk Surah Ahzab ayat 56
2- Memuji baginda s.a.w. Rujuk Surah Al Qalam ayat 4.
Sekiranya Allah sendiri berselawat dan memuji kepada baginda s.a.w. maka dimana salahnya memuji kepada baginda s.a.w. dan mengatakan memuji kepada baginda s.a.w. bukanlah sunnah nabi adalah satu kefahaman yang salah.
Riwayat drp Imam Thobrani dgn sanad yg hasan
bahawasanya saidina Abbas bin Abdul Mutalib telah menyusun qasidah tentang kelahiran nabi dan membacanya kepada nabi s.a.w. dan Saidina Abbas berkata kepada nabi s.a.w. " Izinkan aku memujimu " Rasulullah bersabda : " Silakanlah ( Katakanlah ) semoga Allah menjagamu ( gigimu ) daripada segala penyakit'. Saidina Abbas mula berqasidah " sebelum ini iaitu sebelum manusia dimuka bumi ini dikau senang di dalam kenikmatan syurga iaitu ruhmu bersenang disyurga bersama nabi Adam,berada dalam jagaan dengan tampalan daun2 syurga .... sehingga akhir qasidahnya.
Selepas itu nabi s.a.w. mengatakan " Semoga Allah menjaga mulutmu dari segala penyakit ".Nabi amat gembira mendengar qasidah dari Abbas sambil mengatakan " Benarlah kamu wahai Abbas".
Daripada Salamah Ibnu Akwa ra.katanya
" Kami keluar bersama Nabi s.a.w. menuju Khaibar.Sedang berjalan pada waktu malam maka berkata seorang lelaki daripada kami kpd Amir Ibnu Akwa'.Tidakkah kamu mahu memperdengarkan qasidahmu kpd kami.Maka dia pun mendendangkannya.Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya " Siapakah yg berqasidah itu". Mereka menjawab : Amir Ibnu Al Akwa. Baginda bersabda ;Semoga Allah merahmatimu.
Riwayat Al Bukhari dalam sohihnya dalam kitab Al Adab,Imam Muslim dalam kitab Al Jihad.
Daripada Aisyah r.anha; Nabi s.a.w. meletakkan Hassan bin Thabit disebuah mimbar untuk bermegah2 ( memuji-muji ) baginda s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda " Sesungguhnya Allah meneguhkan Hassan dengan Roh Ququs ( Jibril ) selama mana dia menyebarkan atau bermegah2 ( memuji-muji ) Baginda s.a.w.".
Riwayat Muslim dalam sahihnya dalam kitab Kelebihan sahabat.
Banyak lagi dalilnya,kenyataan qasidah bukanlah amalan sunnah adalah satu kesilapan,ada sahabat yg melakukannya dan nabi tidak mengingkarinya,mengikuti sahabat adalah perintah Rasulullah s.a.w. dan ada dalil mengenainya.
Nasihat ustaz janganlah kita mempertikaikan amalan orang lain yang ada dalil2nya bahkan kita sibukkan diri kita memperbaiki ummah yang rosak ini,yg kita bimbang lagi takut2 kita termasuk didalam ummah orang yg rosak ini. Wal iya zubillah, semoga Allah merahmati kita semua.
Bacaan Tambahan :
1. Benarkah Qasidah Burdah Berkait Dengan Syiah ?
2. Benarkah Zikir Karut Minta Tolak Syurga
3.Apakah Maksud Hadith Jangan Berlebih-lebihan / Melampau-lampau Memuji Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ?
4. Imam Ahmad bin Hanbal Membolehkan Qasidah
5. Bolehkah Bernasyid, Berselawat, Berqasidah Di Dalam Masjid ?
6. Kitab-kitab Mawlid Sepanjang Zaman
7. Apakah Hukum Memuji Rasulullah dan Batasannya ?
8. Bagaimana Cara Mendorong Diri Menyintai Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam ?
Credit : Jomfaham