Bala : Syiah/ Wahabi Melanda Malaysia
Penulis : Ibnu Batoota
Setiap hari yang mendatang, menjadi saat saat yang paling menakutkan saya. Setiap hari saya tertunggu-tunggu apa lagi bala akan menimpa ummah.
Dulu masa saya kecik-kecik. Agama diamal dengan lancar. Semuanya taat dan patuh, agama dihormati, para ulama juga disegani.
Yang bergaduh sana sini hanyalah puak-puak politik. Khasnya tahun 98. Masa tu saya baru darjah dua. Tapi manusia zaman itu tetap menghormati agama dan para ulama.
Zaman terus berubah, dan banyak ramalan tentang kiamat akan berlaku pada 2012 khususnya dari orang Barat.
Ulama soleh juga ada mengingatkan tentang tarikh 2012 pada saya. Khasnya ketika saya menemui seorang wali Allah di New Delhi, India pada tahun 2009 dan beliau ingatkan tentang tahun 2012 sebagai tahun fitnah dan fitnah dan terus berlaku fitnah. Tapi bukanlah ramalan "kiamat". Ia cuma ramalan "fitnah besar" menjelang kiamat.
Dan ternyata wali Allah itu benar dengan ilhamnya apabila dalam pengamatan saya, fitnah-fitnah besar mula melanda ummah khasnya di tanah Melayu.
Umat Melayu yang terkenal lembut, sopan, adab mula berubah menjadi barbaric seperti pak arab badawi zaman jahiliyyah apabila mereka mula menganut fahaman ekstrim seperti Syiah dan Wahabi.
Mula terdengar para ulama dihina, dikutuk, dikafirkan dan segala macam tuduhan jahat dan mengatas namakan ia kepada ajaran "alquran dan sunnah".
Nama-nama ulama hebat yang dulunya sangat dihormati dan disegani di Malaysia seperti Tuan guru Syaikh Nuruddin, Tuan Guru Harun Din, Al marhum Tuan guru Syaikh Uthman el-Muhammady dan beberapa lagi pejuang tegar ahlu sunnah mula dihina, dikutuk, dikafirkan, dituduh syirik, dituduh bidaah dan lain-lain gelaran biadap.
Sehinggakan ketika berita kematian Syaikh Uthman tersebar dan seluruh umat Islam Malaysia sedang bersedih memberi penghormatan terakhir, ada pula bilis bilis watak akhir zaman yang berfahaman Wahabi meng-update status di fb dengan ucapan "tahniah" atas kematian seorang "ahli bidaah". Dan hingga kini saya masih menyimpan print screen status si Wahabi tersebut.
Kebiadapan itu tidak diajar dalam mana-mana agama termasuklah Yahudi atau Nasrani.
Hanya ajaran Dajjal sahaja yang ada ajaran seperti ini. Mereka dakwa ikut sunnah, tapi Nabi sendiri berdiri ketika mayat Yahudi lalu di hadapan baginda.
Apa beza dia dengan iblis apabila bersorak gembira atas kematian ulama?
Walaupun saya perlu doakan hidayat untuknya, tapi hati kecil saya tetap memberontak dengan mengisytiharkan bahawa itu manusia yang penuh celaka yang seluruh keturunannya diharamkan Allah menjadi ulama haq kerana menghina ulama.
Kemudian saya tersedar kerana mungkin disebabkan doa-doa "kecil" itu menyebabkan golongan ni semakin bertambah dan bercambah kerana diharamkan Allah petunjukNya kepada mereka dan keturunan mereka.
Jadi saya menginsafi diri dan mula mendoakan hidayah buat mereka serta tidak lagi turut serta dalam perdebatan dengan mereka di group/forum khusus. Sebaliknya saya hanya lepak sendiri di wall saya menerangkan pada ummah tentang mereka samada secara ilmiah atau secara santai.
Bermula tahun 2012 juga, seorang demi seorang ulama haq meninggalkan kita. Dari pergaduhan politik pada mulanya di Malaysia, kini merebak kepada isu agama. Isu gereja, azan, bible, kalimah Allah, murtad, anjing, mazhab semuanya dibangkitkan dan dijadikan isu untuk tarik publisiti murahan.
Bila isu sensitif dibangkitkan Dajjal, maka setiap puak akan pertahankan fahaman masing-masing dan menyerang puak yang lain. Kemudian tercetuslah pergaduhan.
Soalnya, siapa yang menjadi ejen Dajjal yang bertanggungjawab membangkitkan isu-isu ini semua?
Setakat ini, tiada satu pun isu sensitif dibangkitkan oleh ulama ASWJ. Isu sensitif hanya sering dibangkitkan oleh kaum Komunis roket, kaum politik selfish, kaum Wahabi, kaum Syiah, kaum Liberal, kaum anti hadith, kaum Atheist dan yang berkaitan.
Tidak kah mereka sedar mereka sedang menjadi ejen Dajjal dalam menyumbang kepada perpecahan dan perbalahan sesama umat?
Kini... dunia tidak lagi seaman seperti zaman saya kecik-kecik dulu.
Kini, agama dan ahli agama tidak lagi dihormati.
Lepas datang fitnah Wahabi yang memulakan budaya menghina para ulama. Maka muncul pula dari situ kaum-kaum yang lebih berani seperti anti hadith dan atheist yang bukan takat kutuk ulama, tapi mengutuk dan menghina Islam itu sendiri.
Bukaklah di laman-laman sosial, tentu ada group atau fb yang pro kepada kaum-kaum ejen Dajjal ini dan apa yang mereka perkatakan setiap hari adalah penghinaan dan penghinaan kepada Islam dan ahlinya.
Syiah menghina Sahabat Rasulullah
Wahabi menghina ulama yang tak sebulu dengannya
Anti hadith dan atheist menghina semuanya termasuklah Allah dan Rasul
Wahabi menghina ulama yang tak sebulu dengannya
Anti hadith dan atheist menghina semuanya termasuklah Allah dan Rasul
Natijahnya....
Muncullah pelbagai bala dari Allah ke atas bumi Malaysia.
Bumi bertuah yang tidak pernah dilanda "bencana alam" yang ekstrim mula dilanda bala tu semua. Puting beliung tak pernah-pernah ada sejak dulu, tiba-tiba muncul pada waktu ini. Cuaca yang tak menentu tidak teratur seperti satu masa dahulu juga satu perkara yang menghairankan.
Tanah runtuh semakin menjadi-jadi, banjir jangan cakaplah.
Tinggal salji je belum turun, belum jadi gempa bumi. Tak kan kita nak tunggu sampai jadi macam tu.
Saya selalu dengar orang-orang soleh berkata bahawa Malaysia terpelihara daripada pelbagai bala kerana berkat doa, zikir, yassin yang dibudayakan secara beramai-ramai oleh majoriti umat Islam tak kira jahil atau alim.
Tapi kita sedia maklum, Dajjal sangat takut dengan zikir para muslimin kerana mengikut hadith yang sahih, tentera Al-Mahdi akan menghancurkan benteng tentera Dajjal dengan takbir. Ketika semua makanan disekat oleh Dajjal, semua orang tuhankan Dajjal demi sesuap makanan. Tetapi muslim sejati, tentera al-mahdi, terus teguh dengan hanya menjadikan zikir sebagai makanan.
Disebabkan ketakutan Dajjal pada inilah dia mula menghantar ejen-ejennya dari kalangan muslim sendiri untuk menghapuskan zikir-zikir kaum muslimin dengan mengkafirkan mereka dan menuduh mereka sebagai ahli bidaah.
Mengapa?
Sebab Dajjal telah cuba menghapuskan ahli zikir melalui kekerasan dan perang selama ratusan tahun, tetapi muslim terus teguh kerana pertolongan Allah sentiasa bersama dengan orang yang selalu berzikir kepadaNya.
Tapi...... empayar Khalifah Islam yang teguh sejak zaman Rasulullah, hancur apabila Dajjal memasukkan ajaran-ajaran sesat ke dalam komuniti muslim seperti Wahhabi (yang disebarkan di negara-negara Arab), Qadiani (disebarkan di benua Hind) dan Bahai (disebarkan di Nusantara).
3 ajaran baru dari Freemason ini dibentuk pada zaman sebelum perang dunia pertama dan berjaya menjatuhkan khalifah Islam selepas ramai umat Islam terpengaruh dengan ajaran-ajaran ini pada perang dunia pertama.
Umat Islam meninggalkan ilmu, zikir dan dakwah serta meninggalkan adab pada ulama dan adab sesama muslim. Maka pertolongan Allah pun hilang dari mereka. Maka dengan mudah Dajjal menguasai dan menapak.
Para ulama haq berusaha menghidupkan semula budaya taklim (ilmu) , tabligh (dakwah), tazkiyyah (zikir tareqah) dan ikram (adab kepada ulama dan sesama muslim) di kalangan umat Islam untuk mendapatkan semula nusrah (pertolongan) Allah. Tapi masih gagal kerana kebanyakannya ambil sekerat-kerat.
Ada yang tumpu zikir sahaja, ada yang tumpu ilmu sahaja, ada yang tumpu dakwah sahaja sampai masing-masing jadikan apa yang mereka tumpu sebagai "maksud hidup". Sedangkan semua itu hanyalah wasilah atau jalan untuk menuju maksud. Ada yang sibuk dengan ilmu sehingga tidak berdakwah pada manusia di jalanan yang dahagakan hidayah. Ada yang sibuk dengan zikir sehingga tinggalkan pengajian ilmu dan dakwah sehingga menyebabkan mereka tergelincir dalam lubang fitnah. Ada pula yang hanya sibuk dengan dakwah dan tinggalkan ilmu serta zikir sampai zikir lepas solat pun tak mau buat, lepas salam terus lari ke belakang untuk solat sunat dan tidak berminat mengambil bahagian dalam pengajian ilmu sahih.
Maksud hidup jin dan manusia ialah menyempurnakan agama dalam diri. Itu sahaja. Noktah. Dan agama akan sempurna apabila 5 perkara sempurna dalam diri iaitu iman, ibadat, muamalat, muasyarah dan akhlak. Dan 5 perkara ni hanya akan sempurna apabila seseorang itu menyempurnakan 4 usaha dalam dirinya iaitu usaha dakwah, usaha ilmu, usaha zikir ibadah dan usaha khidmat (adab kepada ulama dan muslim).
Jadi Dajjal hanya boleh dilawan apabila semua ini dikembalikan ke dalam jiwa muslimin.
Jika tidak....
Bala yang lebih besar daripada fahaman wahabi, syiah, liberal, atheist, anti hadith, murtad akan datang kepada kita dan anak cucu kita.
Note: Bila tengok anak kecil saya sedang tidur, saya jadi sangat kesian dan khuatir terhadap fitnah-fitnah Dajjal yang bakal menimpa dirinya.
Semoga Allah selamatkan kita. Sekian luahan hati saya, nak baca, bacalah, tak nak baca sudah. Tapi kalau dah baca sampai sini, maknanya dah baca sampai habislah. Tahniah.
Credit : Ibnu Batoota
1 comments :
Artikel yang bagus.. blog dah di follow dan dimasukkan dalam bloglist OHDUNIA.MY