Hidayah Milik Allah. Ikram Muslimin
Ikram Muslimin aka Muliakan Saudara seagama.
Hidayah itu milik Allah, dan Dia berhak untuk memberikannya kepada sesiapa jua yang dikehendakiNya, termasuklah kepada golongan yang ko selalu hukum sebagai penyangak atau kutu jalanan macam ini. Percaya atau tidak, salah satu ujian yang mungkin tidak disedari oleh orang yang dekat dengan Allah ialah "kecenderungan untuk menghukum orang lain". Biasalah, apabila semakin kuat kita beramal, semakin haluslah jarum-jarum hasutan syaitan untuk memesongkan kita.
Mereka yang korang label sebagai jahil, lagha, takde adab, dan calon-calon ahli neraka inilah yang sepatutnya diberi sokongan, diberi galakan untuk terus hadir ke majlis-majlis agama. Jinakkan hati-hati mereka dengan kata-kata yang baik dan lunak. Pujilah sedikit semangat mereka kalau ada yang datang ke masjid atau surau, walaupun diorang hanya singgah nak berak. Persetankan dulu rupa paras mereka, yang tuh boleh baiki esok lusa. Kena faham dulu apa itu KEUTAMAAN di dalam berdakwah.
Dakwah itu sendiri ada seninya. Kasar sangat kang orang menyampah, lembut sangat kang tak makan saman pulak. Jadi kena pandai tengok la sasaran masyarakat itu orang yang macam mana. Satu lagi, kepada para pendakwah muda sekalian, aku nak syorkan korang banyakkan masa berkawan dengan mereka-mereka ni. Jangan jadikan alasan kau berjubah untuk rasa kekok nak bermesra ngan diorang. Tolong turun padang dan fahami apa yang berlaku di sekeliling diorang. Bukan apa, nanti senang la korang nak follow up dan manipulasi isu-isu semasa diorang dengan selitan dakwah korang. Kalau tak boleh nak obvious sangat, subtly pun jadi la. grin emoticon
Ingat, selagi mereka masih hidup, selagi itulah mereka berpeluang untuk balik ke pangkal jalan seperti korang. Jangan berhenti berharap. Teruskan berdakwah secara bijak, dan bukannya secara gerila semata-mata
Kredit : Komik Sarkazam