Petua Nak Panjangkan Nafas & Merdukan Suara Part 1 | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Petua Nak Panjangkan Nafas & Merdukan Suara Part 1 -

Petua Nak Panjangkan Nafas & Merdukan Suara Part 1

Seperti yang kita sedia maklum, untuk membaca al-Quran secara bertarannum, ianya memerlukan kawalan suara dan nafas yang agak panjang. Terutama bila masuk ke peringkat-peringkat atas seperti jawab bayyati  dan jawabul jawab. Ianya memerlukan latihan untuk mendapatkan nafas yang panjang itu.


Macam orang berlari 400 meter. Mereka-mereka yang mampu mengawal pernafasan dan mempunyai stamina yang tinggi, akan steady je berlari. Sedangkan yang tak pandai kawal pernafasan, akan pancit di tengah jalan. Lebih teruk daripada tu, bleh muntah hijau dulu sebelum boleh menyambung larian.



IPS MEMANJANGKAN NAFAS

1. Tahan Nafas


Nafas terbahagi kepada dua, iaitu nafas perut dan nafas dada. Dalam nafas perut, ketika menarik nafas, perut mengembung, sedangkan dalam nafas dada, ketika nafas ditarik, yang mengembung adalah dada. Teknik yang efektif adalah teknik pernafasan perut. Bukan pernafasan dada.
Setiap hari, lakukan latihan menahan nafas (nafas perut). Contohnya hari ni dapat menahan nafas selama 20 saat, esok 20 saat dan seterusnya. Atau kita boleh ikut cara orang lama, iaitu tahan nafas dalam air seperti dalam kolam/sungai selama mungkin. Insya Allah kalau biasa berlatih, nafas kita akan menjadi panjang. 

Cara kedua pula, senaman Tarik-Tahan-Keluar. Mula-mula, tarik nafas(nafas perut) sedikit demi sedikit selama 10 saat sehingga perut penuh, kemudian tahan selama 10 saat sehingga perut terasa keras dan akhir sekali hembus sedikit demi sedikit selama 10 saat. Kemudian tambahkan kadar pada esokkan harinya pula seperti menjadi 15 saat, 20 saat dan seterusnya.

2. Jaga Pemakanan


Selain itu, pemakanan dan peminuman juga perlu dijaga. Jamal Abdillah bagitau, kalau beliau nak buat persembahan, biasanya beliau akan banyakkan minum air suam dan mengelakkan makan benda2 pedas dan minuman sejuk. Sebab makanan pedas dan minuman sejuk (ais) boleh menyebabkan berhingus dan berkahak. Kahak itu akan menyebabkan suara serak dan nafas menjadi pendek serta semput


3. Rajinkan Bersenam (Lakukan 3 kali seminggu, 20 minit bagi setiap sesi)
Dengan bersenam, akan menjadikan badan cergas, pernafasan pun akan jadi teratur. Kalau malas bersenam, nafas akan cepat semput. Selalu joggin pada waktu pagi supaya anda menjadi fit and fresh. Cara-cara berjogging adalah seperti berikut :-
i) Mulakan latihan pertama dengan joggin constantly selama 20 minit. Kemudian latihan kedua tambahkan 5 minit, dan seterusnya.ii) Kalau dah selesa dengan cara i), tambahkan kaedah sprint dalam latihan tersebut. Contohnya anda sprint selama 2 minit selepas berjoggin selama 10 minit.iii) Sebelum melakukan latihan, nafas seperti biasa, dengan menarik dan menghembus nafas ikut hidung. Ketika dan selepas melakukan latihan, bernafas dengan menarik ikut hidung dan menghembus ikut mulut.
Untuk memudahkan latihan, lakukan senaman pada waktu pagi (lepas solat subuh).

4. Jeritan Batin

Ambil baldi atau pergi ke sungai, tarik nafas dalam-dalam, kemudian masukkan kepala dalam air tersebut dan menjerit sekuat mungkin. Lakukan ini beberapa kali dalam sehari, kemudian cuba nyanyikan lagu yang bertempo panjang.

Sambungan untuk tips memerdukan suara --> Klik Sini

Credit : Lamandakwah
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails