4 Sebab Kenapa Kena tolak Vape / Rokok / Arak | Koleksi Ceramah Mp3 DLL 4 Sebab Kenapa Kena tolak Vape / Rokok / Arak -

4 Sebab Kenapa Kena tolak Vape / Rokok / Arak


4 hujah Syarak Tolak Vape


Fatwa Penggunaan Rokok Elektronic / Vapor

Fatwa dengan jelas mengharamkan penggunaan vape kerana ianya sama dengan rokok. Pengharaman penggunaan vape tersebut adalah berlandaskan hujah hujah syarak yang dikaitkan dengan rokok.


1. Membahayakan kesihatan:

Dalam surah al-Baqarah 2: 195 bermaksud: 
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.
Penggunaan vape jelas ada bahayanya kepada kesihatan. Kalau sekiranya anak anak muda samada lelaki mahupun wanita hari ini dianggarkan 1 juta sudah terlibat dengan penggunaan vape, apakah pemimpin yang diberikan mandat untuk meneraju kerajaan masih tidak terhidu apa akan terjadi kepada generasi muda dimasa akan datang.


2. Memberikan mudarat kepada yang lain:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh berbuat kemudaratan. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).
Hadis ini mesti difahami bahkan diterjemahkan oleh pemimpin sepatutnya dalam bentuk tegahan dan tindakan, bukan semata mata untuk memenuhi aspirasi anak anak muda yang terlibat dengan penggunaan vape, bagaimana anak anak kecil, orang orang tua, para isteri dan mereka yang benci dengan rokok, apakah kerajaan terlepas pandang untuk memikirkan mereka semua supaya aman menghirup udara yang bersih.


3. Membazir harta:

Surah al-Israk 17: 26-27 yang bermaksud: 
Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Apakah anak anak muda yang dianggarkan 1 juta terlibat dengan penggunaan vape masih belum termasuk dalam ertimakna membazir. Kalau belum, apakah neraca yang digunakan oleh pemimpin sehingga nas al-Quran ini tidak dijadikan neraca hujah dalam membuat keputusan tidak mengharamkan penggunaan vape, sedangkan membelanjakan untuk membeli sesuatu yang tidak berfaedah sudah membawa kepada makna membazir.


4. Vape termasuk al-Khabais (jijik, kotor dan yang buruk):

Surah an-Nisa 4:2 yang bermaksud: 
Dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk.
Pemimpin yang berwibawa, matang dan pembersih, mereka tetap akan mengatakan bahawa vape adalah suatu alat jijik, kotor dan yang buruk yakni tidak baik.Oleh itu adalah tidak wajar apabila ditimbangtara dengan fikiran yang akademik untuk membiarkan sahaja 1 juta anak anak muda terlibat dengan penggunaan vape.

Sebagai kesimpulan.
Keputusan yang diambil oleh kerajaan adalah keputusan yang membelakangkan keputusan fatwa.
Hujah hujah yang dijadikan landasan untuk mengeluarkan keputusan oleh kerajaan adalah alasan-alasan (bukan hujah) yang merujuk kepada kepentingan untuk memenuhi aspirasi anak anak muda.
Kerajaan tidak mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan, ini adalah kerana kerajaan langsung tidak merujuk hujah hujah syarak dalam membuat keputusan.
Kepada semua lapisan masyarakat yang semakin bijak, dihadapan anda ada dua keputusan. Pilihlah, samada keputusan yang berlandaskan hujah hujah syarak atau keputusan yang hanya sekadar memenuhi aspirasi anak anak muda, sedangkan tidak ada langsung nilainya.

Kredit :  Persatuan Belia Islam Nasional



Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails