Bagaimanakah Sepatutnya Wanita Berdakwah | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Bagaimanakah Sepatutnya Wanita Berdakwah -

Bagaimanakah Sepatutnya Wanita Berdakwah

BY 


Saya tidak bersetuju dengan alasan seseorang yang mengatakan bahawa jika seorang pendakwah wanita menutup wajahnya dengan niqab, maka ia akan menyebabkan dakwah terganggu.
Jika dakwahnya itu untuk wanita sahaja, terpulanglah kepada dia.
Tapi, masalah yang dibicarakan di sini adalah di hadapan lelaki.
Perlukan menonjolkan wajah kepada lelaki yang bukan mahram untuk berdakwah? Jika orang lelaki tak tengok wajah, dakwah tak berkesan?
Mungkin sudah habis pendakwah lelaki yang boleh berdakwah kepada kaum lelaki sampai kena jemput ustazah datang ajar.
Ayoyo!
Kita pernah dengar nama-nama isteri-isteri Nabi tetapi kita tidak pernah melihat wajah mereka. Tapi, berapa banyak hadis dan ilmu daripada mereka yang telah kita amalkan. Tak tunjuk muka pun, masih orang dapat ambil ilmu.
Bahkan, Nabi Muhammad SAW, pernahkah kita lihat wajahnya? Tapi, ramai je pengikut Baginda boleh amal agama tanpa tengok wajahnya.
~Muka awak cantik. Tunjuk kat cik abang awak sorang dahla. Awak bukan artis nak jadi public figure~
BENAR, wanita juga tidak terkecuali dari tanggungjawab menyampaikan dakwah namun ianya haruslah mengikut lunas-lunas hukum dan ketetapan Allah buat mereka.
Cuba renung firman Allah serta hadis Rasulullah SAW di bawah. Ini adalah DALIL dan NAS yang tidak membenarkan mereka berhujjah atau berdakwah di khalayak ramai (kecuali khusus buat muslimat)
1. Firman Allah Surah al- Ahzab (Ayat 33 ): “Tetaplah kalian di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu”.
2. Firman Allah Surah An-Nur (Ayat 31 ) “Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka…”.
3. Hadis Nabi SAW pula, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Wanita itu aurat, maka apabila dia keluar rumah, syaitan terus memandanginya (untuk menghias-hiasnya dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).” (As-Sahihul Musnad, 2/36)
JADI, di manakah kewajaran untuk wanita berdakwah di khalayak ramai lebih-lebih lagi di hadapan lelaki yang bukan mahramnya? Perkara ini telah dinafikan oleh pendakwah wanita kerana mereka berasa mereka mempunyai hak yang sama sebagaimana kaum lelaki. Cuba ikuti kisah ini:
Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-Nisa ’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?”
Bersabda Rasulullah SAW: “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA.” (Riwayat Al-Bazzar dan Ath- Thabrani)
Credit : Khairy Tajudin
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails