Mengapa Wanita Lebih Afdhol Solat Di Rumah dan Bukan di Masjid? | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Mengapa Wanita Lebih Afdhol Solat Di Rumah dan Bukan di Masjid? -

Mengapa Wanita Lebih Afdhol Solat Di Rumah dan Bukan di Masjid?


Pada zaman Nabi SAW, baginda izinkan orang perempuan solat di masjid dan baginda pun ada pesan, “Janganlah kamu larang wanita-wanita kamu ke masjid.” Pada zaman tu, tidak timbul masalah fitnah kerana Nabi SAW ada bersama-sama mereka.
Namun begitu, setelah Nabi SAW wafat, orang wanita yang datang ke masjid semakin ramai. Maka, timbullah fitnah disebabkan suara mereka, perhiasan yang mereka pakai dan seumpamanya.
Para Sahabat menyedari bahawa wanita-wanita mereka sudah menimbulkan fitnah tetapi mereka tidak berani melarang disebabkan adanya sabdaan Rasulullah SAW, “Janganlah kamu larang wanita-wanita kamu ke masjid.”
Isteri Sayidina Umar r.a. iaitu Atikah r.a. juga diberitahu bahawa Sayidina Umar tidak suka dia datang ke masjid kerana banyak fitnah yang berlaku. Tapi, Atikah r.a. menjawab, “Jika dia tidak suka, hendaklah dia sendiri melarang aku.”
Kemudian, berlalulah suatu masa, Atikah r.a. berpisah dengan suaminya (mungkin cerai mati atau cerai hidup) dan beliau berkahwin pula dengan Zubair al-Awwam r.a. Zubair r.a. juga berfikir untuk melarang isterinya pergi ke masjid tetapi beliau tidak berani melarang. Pada suatu malam, ketika Atikah r.a. dalam perjalanan ke masjid, beliau telah diusik oleh seseorang tanpa dia tahu siapakah orang itu. (Sebenarnya orang yang mengusik itu ialah suaminya sendiri)
Sesampainya di rumah, Atikah r.a. memberitahu suaminya, “Zaman telah berubah.” Maksudnya, zaman sekarang sudah tidak aman macam dulu. Lebih baik bagi wanita bersolat di rumah sahaja.
Sejak detik itu, isteri-isteri Sahabat tidak lagi bersolat di masjid dan mereka bersolat di rumah. Dalam sebuah riwayat, Sayidatina Aisyah berkata, “Seandainya Nabi SAW hidup di zaman kita, nescaya baginda akan melarang kita pergi ke masjid.”
Bayangkan, itu zaman Sahabat. Sudah ada fitnah. Adakah kita rasa zaman kita zaman yang selamat daripada FITNAH?
Para wanita jangan bimbang mengenai pahala solat berjemaah kerana ada ulama mengatakan bahawa,tempat yang paling afdol bagi wanita bersolat ialah dalam bilik tidurnya.
Jika dia menggalakkan suaminya pergi ke masjid, dia juga akan dapat pahala solat jemaah suaminya.
Credit : Khairy Tajudin
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails