Mengapa Kita Perlu Bermazhab? (Siri kedua) | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Mengapa Kita Perlu Bermazhab? (Siri kedua) -

Mengapa Kita Perlu Bermazhab? (Siri kedua)



Adakah kita perlu taqlid atau mempelajari dalil? 
 Sebelum kita tergesa-gesa menjawabnya, eloklah dijelaskan dahulu bahawa manusia ini terbahagi kepada 3 golongan:
 
1. Muqallid: iaitu pengikut ulama tanpa belajar dalil-dalil ulama itu kerana dia yakin ulama itu ada dalil yang dapat dipercayai.
 
2. Muttabi: iaitu pengikut ulama beserta dalil agar menjadi pembela kepaad mazhab ulamanya itu dan juga untuk mengajar umat dan untuk menyangkal tuduhan-tuduhan glongan sesat.
 
3. Mujtahid: iaitu ulama yg bertanggungjawab untuk keluarkan hukum yang mempunyai kelayakan dan kelayakan terendah ialah hafaz 300 ribu hadis Nabi beserta sanad sampai Rasulullah saw tanpa silap sepatah pun. Jadi, mustahil ada mujtahid pada zaman ini. Mujtahid mutlak telah tamat pada zaman tabi’ tabiin. Mujtahid pula terbahagi kepada 7 bahagian:
 
-Mujtahid mutlak seperti imam 4 mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali)
-Mujtahid fil mazhab seperti Imam Nawawi, Imam Rofi’i, Imam Muhamad dan Imam Abu Yusuf. Mereka ialah ulama yang berpayung di bawah mazhab Syafie.
-Mujtahid fil masail seperti Imam Tahawi.
-Ashabu Takhrij 
-Ashabu Tarjih
-Ashabu Tamiz
-Mufti
 
Majoriti umat ini adalah muqalid. Fardhu bagi umat ini untuk menjadi muqalid (tanpa dalil) dan sunat menjadi muttabi (mencari dalil). Dan, kalau mereka hendak belajar dalil, sebaik-baiknya mereka perlu belajar dengan ulama (bukan belajar dengan Al Fadhil Maulana Google atau Sahibus Samahah Youtube) dan hukum belajar di madrasah, sekolah, pondok adalah fardu kifayah.
Kesimpulan: Belajar ilmu masail (masalah agama) itu adalah fardhu dan mencari dalil mengenainya adalah sunat.
Jika kita bermazhab Syafie, adalah perlu kita belajar kitab Al-Umm (kitab Imam Asy-Syafie?
 
Yang pertama kita kena faham, dalam fiqah ini ada yang disebut qaul dan ada yg disebut mufta bihiQaul adalah ijtihad para imam mujtahid mutlak dan dibincangkan oleh mujtahid mazhab, mujtahid masail dan seterusnya. Jadi kata-kata mereka semua dikatakan sebagai qaul.
 
Apabila sampai di pengakhiran perbahasan, beribu-ribu qaul serta dalil-dalilnya akan dinilai Imam-imam besar mazhab Syafie yang kita gelar sebagai sohibain iaitu ImamNawawi dan Imam Rofi’e. Dan, keputusan mereka berdua untuk mengambil fatwa yang paling rajih sebagai fatawa digelar sebagai muftabih (fatwa terakhir).
 
Sebab itu, kita tidak belajar kitab Al-Umm, tidak belajar kitab Zakarya Ansari, Wajiz dan lain-lain kerana ia bukan muftabih. Tapi, kita belajar kitab muftabih seperti Iqna, Fathul Muin dan lain-lain. Kalau tidak, mazhab ini akan bercelaru sebab terlampau banyak qaul.
_________________________________________________ 
Terima kasih kepada Ustaz Ibnu Batoota (bukan nama sebenar) kerana menjelaskan perkara di atas.
Credit : Khairy Tajudin
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails