Hukum Ciuman Menurut Sunnah
Penulis : Ustaz Taha Hassan
“Saat saya menziarahi makam wali Allah saidatina Nafisah r.a (cicit Rasulullah s.a.w) di masjidnya, seorang lelaki tua ‘SOLEH’ telah bertemu saya bertanyakan asal usul saya. Setelah selesai berborak, kami bersurai. Sebelum kami bersurai, saya bersalaman sambil mencium tangannya yang lembut itu. Ciuman hanya sekadar menghormati orang tua yang lebih banyak mengenali erti hidup dan seorang yang banyak melakukan amalan kebaikan daripada saya. Semoga keberkatan amalan baiknya dikurniakan kepada saya.
Selang beberapa minit kemudian, datang seorang pemuda bertemu saya untuk bertanyakan satu masalah. Saya terus memintanya untuk mengajukan persoalan tersebut. Ternyata soalan yang diajukan adalah berkaitan perbuatan saya ketika bersalaman dengan orang tua di hadapan makam tadi. Katanya amalan bercium ketika bersalaman itu lebih kepada ‘SYIRIK’ kerana saya ‘TUNDUK’ kepada makhluk apabila mencium tangannya. Saya sedikit tersenyum. Sedikit perdebatan ilmiah berlangsung secara sederhana antara saya dan pemuda tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah bersalaman dengan cara begitu. Beliau memberi tahu saya hanya bersalaman yang betul ketika bertemu adalah mencium antara 2 bahu.
Saya minta daripadanya dalil yang menyokong keterangan tersebut. Tetapi, pemuda tersebut gagal memberikannya. Saya mengatakan kepadanya bahawa saya tidak jumpa lagi dalil bercium bahu ketika bertemu seseorang. Saya menjelaskan kepadanya bahawa saya mempunyai dalil lain yang lebih ‘KUAT’ daripada apa yang saya lakukan ketika bersalaman sambil mencium tangan di makam tadi. InsyaAllah, di bawah tajuk ini akan saya susun dan kemukan dalil-dalil yang sahih untuk tatapan pembaca sekalian. Apa yang nyata, saya tetap berpegang dengan dalil yang saya pelajari.
Sebelum perdebatan selesai, saya menimbulkan satu masalah yang lebih besar dari perbuatan saya tadi kepada pemuda tersebut bahawa masyarakat Islam hari ini lebih cenderung kepada pembawakan budaya Nasrani dan Yahudi ketika bertemu dan berpisah. Saya menjelaskan kepadanya bahawa istilah ‘BYE-BYE’ sambil melambai, begitu juga ketika bertemu, bercakap dan menegur seseorang dengan mengucapkan lafaz ‘HAI’ atau ‘HELLO’ tidak kepada doa dan memberi salam kepadanya serta cara simbol bersalaman yang pelik seperti menumbuk di antara 2 tangan yang dilakukan oleh sebahagian pemuda pemudi Islam hari ini adalah bukan datang dari ajaran Islam yang sebenar, malah ianya datang daripada kaum KAFIR yang nyata menentang Islam.
Sewajarnya mengapa masalah ini tidak dibangkitkan? Mengapa perbuatan yang ada dalilnya mesti dan perlu dipertikai?Terus saya melihat pemuda tersebut terdiam dan akhirnya saya menyatakan kepadanya sekiranya ingin saya menghormati hujahnya, seharusnya beliau juga harus menghormati hujah dan keterangan saya. Saya memintanya untuk menegur kesilapan dalil-dalil saya kiranya berlaku kekeliruan. Bukan hanya terlalu ta’asub dan jahil kerana menerima ajaran daripada seseorang guru yang Allah s.w.t BUTAkan MATA HATInya”.
Perbincangan
1. Hukum mencium tangan dan selainnya menurut Syariat Allah;
Hukum mencium kerana untuk mendapat redha Allah serta niat yang baik kerananya samada mencium kepala, kedua belah tangan, kaki, kedua lutut dan selainnya adalah HARUS. Dalam hal ini, imam Nawawi telah mengarang satu bahagian khas tentang perbincangan ini. Begitu juga ulama lain seperti al-Hafiz ibn al-Muqri, al-Hafiz ibn al-A’rabi, al-Hafiz Abu al-Fadl al-Ghumari dan beberapa ulama ahli ilmu lain yang menjelaskan hakikat keharusan bercium berdasarkan dalil dari Sunnah nabi yang Sahih lagi Thabit daripada baginda.
2. Dalil;
3. Dalil mencium TANGAN dan KAKI;
ii. Daripada Safwan r.a (menceritakan) tentang kisah 2 orang Yahudi yang bertanya kepada nabi s.a.w berkenaan 9 ayat keterangan, maka baginda menjawabnya. Lantas kedua-dua orang Yahudi tersebut mencium TANGAN dan KAKI baginda nabi s.a.w. – Dikeluarkan oleh imam An-Nasa’i (no. 4078), ibn Majah (3705) dan Tirmizi, berkata Hadith Hasan Sahih (2733 & 3144) serta disahihkan juga oleh imam al-Hakim.
iii.
Dalil ini menunjukkan bahawa mencium TANGAN dan KAKI bukanlah KHUSUSIAT NABI s.a.w seorang (perkara-perkara khusus yang dilakukan oleh nabi s.a.w sahaja).
iv. Dikeluarkan oleh imam Ibn Jarir dan ibn Abi Hatim daripada As-Saddi berkenaan firman Allah s.w.t :
Setelah (saidina Umar r.a mendengar) ayat ini, beliau bangun menuju kepada nabi s.a.w dan terus mencium KAKI baginda.
v. Dikeluarkan oleh imam al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad, imam Ahmad, Abu Daud, Ibn al-A’rabi di dalam juzunya serta imam al-Baghawi di dalam Mu’jamnya, bahawa sewaktu utusan Abd Qais tiba di Madinah, mereka mencium TANGAN dan KAKI baginda s.a.w.
Dalil ini telah dicantikkan lagi oleh ibn Abdul Bar, dibaikkan (disokong dalil lain) oleh al-Hafiz ibn Hajar dan dikeluarkan juga oleh imam Abu Ya’la, Tabarani serta al-Baihaqi dengan sanad yang bagus (Jayyid).
vi. Daripada Ibn Umar r.a:
Bayangkan, seorang wanita yang mencium kaki baginda nabi s.a.w.
4. Dalil mencium KEPALA dan 2 LUTUT;
i. Di dalam kitab ‘Sorim al-Maslul’ oleh ibn Taimiyyah (bayangkan ibn Taimiyyah) daripada apa yang dikeluarkan oleh ibn al-A’rabi dan al-Bazzar:
Menurut riwayat ibn al-A’rabi:
Dalam hadith yang thabit ini, pengharusan mencium KEPALA juga berkait rapat dengan KEIZINAN Rasulullah s.a.w, maka jadilah ia sebagai satu perkara yang SUNAT atau GALAKAN untuk melakukannya.
ii. Daripada Ka’ab bin Malik r.a berkata:
Menurut hadith ini, termaktub pensyariatan untuk mencium kedua LUTUT.
Sudah pasti nabi adalah insan yang lebih utama di sisi orang-orang yang beriman daripada diri mereka dan isteri-isteri banginda s.a.w. Baginda adalah bapa kepada setiap orang Islam. Oleh yang demikian, jelas hukumnya bagi kebenaran mencium TANGAN kedua ibubapa, KEPALA dan KAKI mereka. Tidak lain hanyalah sebagai pengiktirafan kemuliaan dan memenuhi hak-hak mereka.
5. Dalil nabi s.a.w mencium para sahabat dan memeluk mereka;
i.
ii.
iii.
Sebagai kesimpulan dari dalil-dalil ini, bahawa MEMELUK seseorang kepada saudaranya yang lain di samping menCIUMnya adalah dikira sebagai salah satu amalan daripada sunnah nabi s.a.w yang mulia. Padanya terkait sifat kasih sayang, menguatkan lagi kemesraan dan pertemuan, yang diakui sebagai sebaik-baik cara dan sikap kesantunan serta penghormatan diri. Dengan cara ini, lenyaplah perasaan sifat dengki, mengeratkan lagi ukhwah sesama Islam, menambahkan pahala dan sempurna Qudwah Hasanah terhadap nabi s.a.w dan sahabatnya r.a.
6. Dalil sahabat r.a dan selain mereka berciuman antara satu sama lain:
i. Daripada Yahya bin al-Harith r.a dengan satu sanad, berkata Haithami: Rijalnya (perawi-perawi sanad) adalah Thiqat (dipercayai). Berkata Yahya bin al-Harith:
ii. Dinaqalkan oleh al-Hafiz ibn Hajar di dalam kitabnya al-Isabah dan ulama yang lain daripada as-Sya’bi r.a: Sesunggguhnya zaid bin Thabit r.a menCIUM tangan ibn Abbas r.a ketika ibn Abbas r.a mengambil binatang tunggangannya. Dan zaid berkata:
iii. Dinaqalkan oleh as-syeikh al-Ansari bahawasnya imam Muslim bin al-Hajjaj menCIUM di bahagian antara 2 mata imam Bukhari dan beliau juga cuba untuk mencium KAKInya. Bertujuan sebagai menghormati ilmu, kemuliaan dan kebaikan gurunya. Dinyatakan oleh imam Nawawi di dalam kitab ‘Tahzhib al-Asma’ (88/1).
iv. Dinaqalkan oleh imam At-Tabari di dalam kitabnya al-Riyad, daripada Abi Raja’ al-A’toridi: Sesungguhnya beliau datang ke Madinah lantas melihat saidina Umar r.a menCIUM kepala saidina Abu Bakar r.a di perhimpunan orang ramai untuk menunjukkan perasaan gembiranya terhadap kejayaan (kaum muslimin) dalam tempuran peperangan al-Riddah.
Pengajaran yang boleh diambil dari hasil dalil yang dinyatakan dan seumpamanya bahawa sahabat r.a sering bertukar-tukar CIUMAN TANGAN antara satu sama lain. Sesungguhnya mereka disuruh untuk melakukan perkara tersebut seperti yang jelas dinyatakan oleh zaid bin Thabit r.a bertujuan untuk memperoleh keberkatan, begitu juga tujuan untuk ilmu dan dakwah serta kemuliaan nabi s.a.w di samping melatih diri untuk lebih bersikap tawadduk dan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Begitu juga mereka sering menCIUM kepala antara satu sama lain (sebagai tanda kasih dan hormat).
Dikeluarkan oleh imam ibn al-A’rabi dan ibn al-Maqri di dalam kedua-dua juzu mereka, Abdul Razak di dalam kitabnya al-Musannaf, al-Kharaaeti di dalam al-Makarim, al-Baihaqi dan ibn Asakir dengan isnad berdasarkan syarat imam Muslim (sanad tersebut berdasarkan syarat imam Bukhari dan Muslim) :
7. Mencium tangan kedua ibubapa dan anak-anak:
i. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa nabi s.a.w menCIUM perut saidina Hasan bin Ali r.a (cucu nabi s.a.w). Begitu juga thabit dari hadith bahawa baginda s.a.w menCIUM saidina Hussien r.a. Baginda juga menCIUM puterinya saidatina Fatimah r.a, menjadi keaiban bagi siapa yang tidak melakukan sedemikian rupa.
ii. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa saidina Abu Bakar r.a menCIUM anaknya saidatina A’isyah r.a ketika beliau mendapati bahawa anaknya itu demam. Ciuman bukan khusus untuk anak-anak lelaki sahaja. (Hadith no. 5222).
iii. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa apabila saidatina Fatimah r.a mendapati nabi s.a.w masuk bertemunya, beliau akan berdiri dan mengambil tangan baginda s.a.w dan terus menCIUMnya. (Hadith no. 5217)
Menurut riwayat imam Tirmizi bahawa apabila saidatina Fatimah r.a masuk bertemu Rasulullah s.a.w, baginda s.a.w terus berdiri dan mengambil tangan puterinya dan menciumnya serta duduk bersamanya di dalam satu majlis. (Hadith no. 3872). Bayangkan, nabi s.a.w mencium tangan puterinya.
Yakni CIUMAN anak pada kedua belah tangan ibubapa adalah kerana pengiktirafan mereka terhadap kemuliaan darjat ibubapa dan ciuman ibubapa kepada anak-anak pula adalah hak kasih sayang mereka oleh ibubapa.
Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan hadith yang dinyatakan adalah bertukar-tukar CIUMAN antara ibubapa dan anak-anak adalah merupakan sunnah nabi s.a.w yang mulia. Setiap tindakan bijaksana yang wajib dilakukan oleh ahli keluarga adalah lebihan cinta, kasih sayang dan kemesraan terhadap keluarga.
Dalam satu hadith yang dinyatakan, bahawa seorang lelaki bercerita di dalam satu majlis nabi s.a.w, bahawa beliau tidak menCIUM anak-anaknya. Lalu baginda s.a.w bersabda:
Begitu juga tentang kisah saidina umar r.a mengasingkan seorang lelaki dari sebuah negeri kerana mengingkari CIUMAN saidina Umar r.a terhadap anaknya. Kisah yang begitu mashyur.
8. Dalil-dalil jenis ciuman yang lain;
i. Sesungguhnya saidina Abu Bakar mencium muka nabi s.a.w selepas kewafatan baginda. Hadith dikeluarkan oleh imam Ahmad dan Bukhari (no. 1241).
ii. Sesungguhnya nabi s.a.w mencium saidina Uthman bin Maz'un selepas kewafatannya. Hadith dikeluarkan oleh imam Ahmad (56/6), Abu Daud (3163), Tirmizi (989) berkata: Hadith Hasan Sahih, Ibn Majah (1456). Hadith ini juga disandarkan kepada imam al-Bukhari.
iii. Dikeluarkan oleh ibn al-A’rabi daripada Jabir: Sesungguhnya bapanya mati syahid ketika peperangan Uhud, maka tersingkap wajahnya dan beliau menCIUMnya.
9. Kesimpulan;
i. Beginilah seperti yang pembaca saksikan setiap hadith atau athar yang dinyatakan lagi Thabit (tetap) terhimpun bahawa ianya tidak bertentangan antara satu sama lain terhadap perbuatan menCIUM kedua belah tangan ibubapa kerana hak penghormatan kepada mereka, kedua belah tangan syeikh (guru) kerana mendapat keberkatan, kedua belah tangan ulama kerana kemuliaan mereka dan kedua belah tangan orang-orang soleh kerana amal kebaikan mereka. Dan yang hanya berhak untuk menilai mereka semua adalah hakim lagi adil Allah s.w.t bagi mengiktiraf kemuliaan mereka.
ii. Adapun ciuman terhadap orang MUNAFIQ yang mempunyai harta, menyanjung orang yang berkuasa dan orang yang memiliki kedudukan, sikap merendahkan diri (tadzallul) demi untuk kepentingan, terlibat dalam keadaan kecurangan dan muslihat untuk tunduk (hormat) atau sebagainya, maka ia dianggap sebagai sujud kecil (terhadap makhluk kerana kebatilan mereka). Jelas hukumnya adalah di larang dan haram. Kerana itu adalah sampah kemanusiaan, tindakan kelakuan sembrono untuk mendapat kedudukan yang tinggi, memainkan agama serta mencampurkan antara perkara baik dan buruk.
Pengecualian perkara tersebut boleh diambil kira, sekiranya ia berdiri di atas konsep menolak kemudaratan yang pasti boleh merosakkan, maka ianya termasuk di bawah hukum keterpaksaan. Firman Allah s.w.t:
فمن اضطر غير باغ ولا عاد فلا إثم عليه إن الله غفور رحيم
Bermaksud :
Adapun lelaki yang suka kedua belah tangannya diCIUM, maka gugur (rahmat) daripada pandangan Allah s.w.t dan pandangan mata manusia (penghormatan). Sesungguhnya orang-orang Soleh apabila diCIUM tangan-tangan mereka, pasti mereka tidak menyukainya di samping sering memohon keampunan serta takut keburukan akan timpa ke atas diri mereka.
10. Hadith-hadith larangan dari berCIUMAN.
i. Diriwayatkan oleh imam Tirmizi: Dikatakan,
Ulasan:
Hadith ini telah dilemahkan oleh imam Ahmad dan al-Baihaqi seperti yang dinaqalkan oleh al-Iraqi di dalam kitabnya al-Mughni. Di dalam sanadnya ada seorang perawi yang bernama Hanzalah. Imam Ahmad, Nasa’i dan Ibn Mai’n telah menetapkan bahawa lelaki tersebut adalah ‘Daif’ (lemah). Imam Ahmad menambah dengan katanya:
Maka gugurlah hadith ini.
ii. Hadith imam at-Tabarani dan Abu Ya’la dan ibn A’ddi: Sesungguhnya nabi s.a.w menarik tangannya bagi orang yang ingin menciumnya.
Ulasan:
Larangan terhadap hadith ini adalah dusta. Hadith ini ada dinaqalkan oleh ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudua’at. Maka jangan mengambilnya.
Kalau sekiranya kedua-dua hadith ini SAHIH sekalipun, maka ciuman yang dimaksudkan di sini adalah bertujuan untuk tunduk, mengagungkan dan menyucikan (makhluk) bukan kerana untuk kasih sayang, penghormatan dan mengambil keberkatan.
Adapun dalil-dalil hadith yang dikemukakan ke semuanya tiada penentangan antara satu sama lain terhadap kebenaran ciuman tersebut. Begitu juga taraf kedudukan hadith yang dinyatakan, ianya sampai ke peringkat had mutawatir. Ia juga tidak bertentangan dari segi ukuran besar dan halus antara hadith-hadith Sahih dan Hasan.
Berhujah dengan 2 hadith yang gugur (lemah) adalah ditolak di sisi orang yang berilmu. Ia bertujuan untuk memelihara dari berlakunya fitnah dan kerosakan.
Wallahu a’lam.
:: Masalah Ciuman ::

i. Daripada Zaari’ berkata: “Sewaktu kami tiba di Madinah, kami berlumba-lumba (bersegera) dari perjalanan kami lantas kami mencium tangan nabi s.a.w.” - Hadith dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Abu Daud (5225).
ii. Daripada Ka’ab bin Malik r.a: “Sesungguhnya sewaktu beliau ditimpa keuzuran, nabi s.a.w tiba maka beliau terus mengambil tangan baginda s.a.w kemudian menciumnya.” – Dikeluarkan oleh imam At-Tabarani di dalam kitabnya Mu’jam al-Kabir (19/95, no. 186).
iii. Daripada Abdullah bin Umar r.a berkata: “Kami telah menghampiri kepada nabi s.a.w, kemudian terus mencium tangannya”. – Dikeluarkan oleh imam Abu Daud (5223).
3. Dalil mencium TANGAN dan KAKI;
i. Daripada Buraidah r.a.: “Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada nabi s.a.w lantas mencium tangan dan kaki baginda s.a.w.” – Hadith dikeluarkan oleh imam al-Hakim di dalam kitab al-Mustadrak. Beliau mensahihkan hadith ini.
ii. Daripada Safwan r.a (menceritakan) tentang kisah 2 orang Yahudi yang bertanya kepada nabi s.a.w berkenaan 9 ayat keterangan, maka baginda menjawabnya. Lantas kedua-dua orang Yahudi tersebut mencium TANGAN dan KAKI baginda nabi s.a.w. – Dikeluarkan oleh imam An-Nasa’i (no. 4078), ibn Majah (3705) dan Tirmizi, berkata Hadith Hasan Sahih (2733 & 3144) serta disahihkan juga oleh imam al-Hakim.
iii.
Sesungguhnya saidina Ali r.a mencium TANGAN dan KAKI saidina Abbas r.a.- Hadith dikeluarkan oleh imam al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad dengan sanad yang sahih (no. hadith 976).
Dalil ini menunjukkan bahawa mencium TANGAN dan KAKI bukanlah KHUSUSIAT NABI s.a.w seorang (perkara-perkara khusus yang dilakukan oleh nabi s.a.w sahaja).
iv. Dikeluarkan oleh imam Ibn Jarir dan ibn Abi Hatim daripada As-Saddi berkenaan firman Allah s.w.t :
Al-Maidah :101.
يأيها الذين ءامنوا لا تسئلوا عن أشياء إن تبدلكم تسؤكم وإن تسئلوا عنها حين ينزل القران تبدلكم عفا الله عنها والله غفور حليم
Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi s.a.w) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu,”
Setelah (saidina Umar r.a mendengar) ayat ini, beliau bangun menuju kepada nabi s.a.w dan terus mencium KAKI baginda.
v. Dikeluarkan oleh imam al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad, imam Ahmad, Abu Daud, Ibn al-A’rabi di dalam juzunya serta imam al-Baghawi di dalam Mu’jamnya, bahawa sewaktu utusan Abd Qais tiba di Madinah, mereka mencium TANGAN dan KAKI baginda s.a.w.
Dalil ini telah dicantikkan lagi oleh ibn Abdul Bar, dibaikkan (disokong dalil lain) oleh al-Hafiz ibn Hajar dan dikeluarkan juga oleh imam Abu Ya’la, Tabarani serta al-Baihaqi dengan sanad yang bagus (Jayyid).
vi. Daripada Ibn Umar r.a:
“Sesungguhnya nabi s.a.w menyatukan hubungan di antara sepasang suami isteri, maka datang wanita tersebut kepada baginda lantas mencium KAKInya s.a.w.– Dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi di dalam kitabnya Dalail an-Nubuwwah.
Bayangkan, seorang wanita yang mencium kaki baginda nabi s.a.w.
4. Dalil mencium KEPALA dan 2 LUTUT;
i. Di dalam kitab ‘Sorim al-Maslul’ oleh ibn Taimiyyah (bayangkan ibn Taimiyyah) daripada apa yang dikeluarkan oleh ibn al-A’rabi dan al-Bazzar:
“Sesungguhnya seorang lelaki menyaksikan berkenaan ‘mukjizat sebatang pokok’ yang datang kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kembali ke tempatnya semula. Lelaki itu berkata sambil berdiri kemudian terus mencium KEPALA, TANGAN dan KAKI Rasulullah s.a.w.
Menurut riwayat ibn al-A’rabi:
“Lelaki tersebut meminta izin nabi s.a.w untuk menciumnya, maka nabi s.a.w pun mengizinkan. Maka lelaki tersebut mencium KEPALA dan KAKI baginda s.a.w.”
Dalam hadith yang thabit ini, pengharusan mencium KEPALA juga berkait rapat dengan KEIZINAN Rasulullah s.a.w, maka jadilah ia sebagai satu perkara yang SUNAT atau GALAKAN untuk melakukannya.
ii. Daripada Ka’ab bin Malik r.a berkata:
“Sewaktu aku (selesai) melaksanakan ibadat taubatku, aku datang kepada nabi s.a.w kemudian aku mencium TANGAN dan kedua LUTUT baginda s.a.w.”Dikeluarkan oleh Abu Syeikh dan ibn Mardawih.
Menurut hadith ini, termaktub pensyariatan untuk mencium kedua LUTUT.
Sudah pasti nabi adalah insan yang lebih utama di sisi orang-orang yang beriman daripada diri mereka dan isteri-isteri banginda s.a.w. Baginda adalah bapa kepada setiap orang Islam. Oleh yang demikian, jelas hukumnya bagi kebenaran mencium TANGAN kedua ibubapa, KEPALA dan KAKI mereka. Tidak lain hanyalah sebagai pengiktirafan kemuliaan dan memenuhi hak-hak mereka.
5. Dalil nabi s.a.w mencium para sahabat dan memeluk mereka;
i.
Sesungguhnya nabi s.a.w menCIUM zaid bin Harithah r.a ketika tiba di Madinah selepas meMELUKnya.– Hadith dikeluarkan oleh imam Tirmizi (no. 2732), imam Tirmizi berkata: “Hadith ini Hasan Gharib”.
ii.
Sesungguhnya nabi s.a.w menCIUM sepupunya saidina Ja’far bin Abi Talib r.a di antara kedua belah matanya.– Dikeluarkan oleh imam Abu Daud dan Baihaqi di dalam kitabnya Syua’b al-Iman (6/477).
iii.
Sesungguhnya nabi s..a.w menCIUM saidina Abu Bakar r.a selepas meMELUKnya di sisi saidina Ali r.a dan para sahabat r.a yang lainnya.– Hadith ini dinaqalkan oleh ibn A’bid al-Ansari di dalam kitabnya al-Majmu’.
Sebagai kesimpulan dari dalil-dalil ini, bahawa MEMELUK seseorang kepada saudaranya yang lain di samping menCIUMnya adalah dikira sebagai salah satu amalan daripada sunnah nabi s.a.w yang mulia. Padanya terkait sifat kasih sayang, menguatkan lagi kemesraan dan pertemuan, yang diakui sebagai sebaik-baik cara dan sikap kesantunan serta penghormatan diri. Dengan cara ini, lenyaplah perasaan sifat dengki, mengeratkan lagi ukhwah sesama Islam, menambahkan pahala dan sempurna Qudwah Hasanah terhadap nabi s.a.w dan sahabatnya r.a.
6. Dalil sahabat r.a dan selain mereka berciuman antara satu sama lain:
i. Daripada Yahya bin al-Harith r.a dengan satu sanad, berkata Haithami: Rijalnya (perawi-perawi sanad) adalah Thiqat (dipercayai). Berkata Yahya bin al-Harith:
“Aku bertemu Wathilah bin al-Asqa’, maka aku berkata: Kau membai’ah tanganmu ini pada Rasulullah s.a.w? Wathilah berkata: Ya. Aku berkata: Berikan tanganmu itu, aku ingin menCIUMnya. Maka, beliau pun memberikan tangannya itu kepadaku dan aku terus menCIUMnya.”Maksud mencium tangan di sini adalah untuk memperoleh keberkatan di atas bai’ah Wathilah kepada Rasulullah s.a.w secara bersalaman dan mencium tangan baginda s.a.w. Begitu juga mencium tangan orang-orang yang soleh dan ulama. Dikeluarkan oleh imam at-Tabarani di dalam kitabnya al-Kabir (22/94, no. 226)
ii. Dinaqalkan oleh al-Hafiz ibn Hajar di dalam kitabnya al-Isabah dan ulama yang lain daripada as-Sya’bi r.a: Sesunggguhnya zaid bin Thabit r.a menCIUM tangan ibn Abbas r.a ketika ibn Abbas r.a mengambil binatang tunggangannya. Dan zaid berkata:
“Beginilah cara kita disuruh untuk melakukan kepada ahli bait nabi kita.”Yakni bertujuan untuk menghimpunkan di antara kemuliaan dan kebaikan.
iii. Dinaqalkan oleh as-syeikh al-Ansari bahawasnya imam Muslim bin al-Hajjaj menCIUM di bahagian antara 2 mata imam Bukhari dan beliau juga cuba untuk mencium KAKInya. Bertujuan sebagai menghormati ilmu, kemuliaan dan kebaikan gurunya. Dinyatakan oleh imam Nawawi di dalam kitab ‘Tahzhib al-Asma’ (88/1).
iv. Dinaqalkan oleh imam At-Tabari di dalam kitabnya al-Riyad, daripada Abi Raja’ al-A’toridi: Sesungguhnya beliau datang ke Madinah lantas melihat saidina Umar r.a menCIUM kepala saidina Abu Bakar r.a di perhimpunan orang ramai untuk menunjukkan perasaan gembiranya terhadap kejayaan (kaum muslimin) dalam tempuran peperangan al-Riddah.
Pengajaran yang boleh diambil dari hasil dalil yang dinyatakan dan seumpamanya bahawa sahabat r.a sering bertukar-tukar CIUMAN TANGAN antara satu sama lain. Sesungguhnya mereka disuruh untuk melakukan perkara tersebut seperti yang jelas dinyatakan oleh zaid bin Thabit r.a bertujuan untuk memperoleh keberkatan, begitu juga tujuan untuk ilmu dan dakwah serta kemuliaan nabi s.a.w di samping melatih diri untuk lebih bersikap tawadduk dan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Begitu juga mereka sering menCIUM kepala antara satu sama lain (sebagai tanda kasih dan hormat).
Dikeluarkan oleh imam ibn al-A’rabi dan ibn al-Maqri di dalam kedua-dua juzu mereka, Abdul Razak di dalam kitabnya al-Musannaf, al-Kharaaeti di dalam al-Makarim, al-Baihaqi dan ibn Asakir dengan isnad berdasarkan syarat imam Muslim (sanad tersebut berdasarkan syarat imam Bukhari dan Muslim) :
Sesungguhnya Abu U’baidah r.a menCIUM tangan saidina Umar r.a ketika kepulangannya dari Syam. Adapun Tamim bin salamah menganggap menCIUM tangan ahli al-Fadl (orang-orang yang mendapat kemuliaan) adalah SUNAT.Perhatikanlah wahai orang-orang yang memiliki akal.
7. Mencium tangan kedua ibubapa dan anak-anak:
i. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa nabi s.a.w menCIUM perut saidina Hasan bin Ali r.a (cucu nabi s.a.w). Begitu juga thabit dari hadith bahawa baginda s.a.w menCIUM saidina Hussien r.a. Baginda juga menCIUM puterinya saidatina Fatimah r.a, menjadi keaiban bagi siapa yang tidak melakukan sedemikian rupa.
ii. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa saidina Abu Bakar r.a menCIUM anaknya saidatina A’isyah r.a ketika beliau mendapati bahawa anaknya itu demam. Ciuman bukan khusus untuk anak-anak lelaki sahaja. (Hadith no. 5222).
iii. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa apabila saidatina Fatimah r.a mendapati nabi s.a.w masuk bertemunya, beliau akan berdiri dan mengambil tangan baginda s.a.w dan terus menCIUMnya. (Hadith no. 5217)
Menurut riwayat imam Tirmizi bahawa apabila saidatina Fatimah r.a masuk bertemu Rasulullah s.a.w, baginda s.a.w terus berdiri dan mengambil tangan puterinya dan menciumnya serta duduk bersamanya di dalam satu majlis. (Hadith no. 3872). Bayangkan, nabi s.a.w mencium tangan puterinya.
Yakni CIUMAN anak pada kedua belah tangan ibubapa adalah kerana pengiktirafan mereka terhadap kemuliaan darjat ibubapa dan ciuman ibubapa kepada anak-anak pula adalah hak kasih sayang mereka oleh ibubapa.
Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan hadith yang dinyatakan adalah bertukar-tukar CIUMAN antara ibubapa dan anak-anak adalah merupakan sunnah nabi s.a.w yang mulia. Setiap tindakan bijaksana yang wajib dilakukan oleh ahli keluarga adalah lebihan cinta, kasih sayang dan kemesraan terhadap keluarga.
Dalam satu hadith yang dinyatakan, bahawa seorang lelaki bercerita di dalam satu majlis nabi s.a.w, bahawa beliau tidak menCIUM anak-anaknya. Lalu baginda s.a.w bersabda:
“Apa yang dapat saya nyatakan bahawa Allah s.w.t telah melenyapkan rahmat daripada hati kamu”. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari no. 5998).
Begitu juga tentang kisah saidina umar r.a mengasingkan seorang lelaki dari sebuah negeri kerana mengingkari CIUMAN saidina Umar r.a terhadap anaknya. Kisah yang begitu mashyur.
8. Dalil-dalil jenis ciuman yang lain;
i. Sesungguhnya saidina Abu Bakar mencium muka nabi s.a.w selepas kewafatan baginda. Hadith dikeluarkan oleh imam Ahmad dan Bukhari (no. 1241).
ii. Sesungguhnya nabi s.a.w mencium saidina Uthman bin Maz'un selepas kewafatannya. Hadith dikeluarkan oleh imam Ahmad (56/6), Abu Daud (3163), Tirmizi (989) berkata: Hadith Hasan Sahih, Ibn Majah (1456). Hadith ini juga disandarkan kepada imam al-Bukhari.
iii. Dikeluarkan oleh ibn al-A’rabi daripada Jabir: Sesungguhnya bapanya mati syahid ketika peperangan Uhud, maka tersingkap wajahnya dan beliau menCIUMnya.
9. Kesimpulan;
i. Beginilah seperti yang pembaca saksikan setiap hadith atau athar yang dinyatakan lagi Thabit (tetap) terhimpun bahawa ianya tidak bertentangan antara satu sama lain terhadap perbuatan menCIUM kedua belah tangan ibubapa kerana hak penghormatan kepada mereka, kedua belah tangan syeikh (guru) kerana mendapat keberkatan, kedua belah tangan ulama kerana kemuliaan mereka dan kedua belah tangan orang-orang soleh kerana amal kebaikan mereka. Dan yang hanya berhak untuk menilai mereka semua adalah hakim lagi adil Allah s.w.t bagi mengiktiraf kemuliaan mereka.
ii. Adapun ciuman terhadap orang MUNAFIQ yang mempunyai harta, menyanjung orang yang berkuasa dan orang yang memiliki kedudukan, sikap merendahkan diri (tadzallul) demi untuk kepentingan, terlibat dalam keadaan kecurangan dan muslihat untuk tunduk (hormat) atau sebagainya, maka ia dianggap sebagai sujud kecil (terhadap makhluk kerana kebatilan mereka). Jelas hukumnya adalah di larang dan haram. Kerana itu adalah sampah kemanusiaan, tindakan kelakuan sembrono untuk mendapat kedudukan yang tinggi, memainkan agama serta mencampurkan antara perkara baik dan buruk.
Pengecualian perkara tersebut boleh diambil kira, sekiranya ia berdiri di atas konsep menolak kemudaratan yang pasti boleh merosakkan, maka ianya termasuk di bawah hukum keterpaksaan. Firman Allah s.w.t:
فمن اضطر غير باغ ولا عاد فلا إثم عليه إن الله غفور رحيم
Bermaksud :
“Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”– Surah al-Baqarah : 173.
Adapun lelaki yang suka kedua belah tangannya diCIUM, maka gugur (rahmat) daripada pandangan Allah s.w.t dan pandangan mata manusia (penghormatan). Sesungguhnya orang-orang Soleh apabila diCIUM tangan-tangan mereka, pasti mereka tidak menyukainya di samping sering memohon keampunan serta takut keburukan akan timpa ke atas diri mereka.
10. Hadith-hadith larangan dari berCIUMAN.
i. Diriwayatkan oleh imam Tirmizi: Dikatakan,
“Wahai Rasulullah adakah harus seseorang itu membongkokkan (tunduk ruku’) kepada saudaranya?" Baginda menjawab: "Tidak". Lelaki itu berkata lagi: "Adakah mesti seseorang itu memeluk dan menciumnya?" Nabi s.a.w menjawab: "Tidak". Berkata lagi: "Adakah seseorang itu mengambil tangan saudaranya dan hanya bersalaman dengannya?" Nabi s.a.w menjawab: "Ya".Hadith dikeluarkan oleh imam Tirmizi (no. 2728), dan berkata: Hadith Hasan.
Ulasan:
Hadith ini telah dilemahkan oleh imam Ahmad dan al-Baihaqi seperti yang dinaqalkan oleh al-Iraqi di dalam kitabnya al-Mughni. Di dalam sanadnya ada seorang perawi yang bernama Hanzalah. Imam Ahmad, Nasa’i dan Ibn Mai’n telah menetapkan bahawa lelaki tersebut adalah ‘Daif’ (lemah). Imam Ahmad menambah dengan katanya:
“Sesungguhnya (Hanzalah) meriwayatkan banyak hadith yang Mungkar, maka jangan beramal dengan hadithnya.”
Maka gugurlah hadith ini.
ii. Hadith imam at-Tabarani dan Abu Ya’la dan ibn A’ddi: Sesungguhnya nabi s.a.w menarik tangannya bagi orang yang ingin menciumnya.
Ulasan:
Larangan terhadap hadith ini adalah dusta. Hadith ini ada dinaqalkan oleh ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudua’at. Maka jangan mengambilnya.
Kalau sekiranya kedua-dua hadith ini SAHIH sekalipun, maka ciuman yang dimaksudkan di sini adalah bertujuan untuk tunduk, mengagungkan dan menyucikan (makhluk) bukan kerana untuk kasih sayang, penghormatan dan mengambil keberkatan.
Adapun dalil-dalil hadith yang dikemukakan ke semuanya tiada penentangan antara satu sama lain terhadap kebenaran ciuman tersebut. Begitu juga taraf kedudukan hadith yang dinyatakan, ianya sampai ke peringkat had mutawatir. Ia juga tidak bertentangan dari segi ukuran besar dan halus antara hadith-hadith Sahih dan Hasan.
Berhujah dengan 2 hadith yang gugur (lemah) adalah ditolak di sisi orang yang berilmu. Ia bertujuan untuk memelihara dari berlakunya fitnah dan kerosakan.
Wallahu a’lam.
Sumber : Http://TahassanAzhari.Blogspot.Com
Credit : Jomfaham