Jangan Riak dengan ilmu yg kita Ada
Kadangkala bukan sebab orang degil sangat taknak mendekati agama, tapi disebabkan wujudnya golongan sebegini dalam masyarakat kita. Suka sangat merendah-rendahkan ilmu orang lain, mentang-mentanglah dia pengikut ustaz atau alim ulama, jadi dia ada lesen untuk menghukum orang agaknya.
Berlapang dadalah dengan ilmu orang lain. Mungkin bagi kau, baca doa masuk tandas tuh ilmu picisan dan remeh sahaja, tapi mungkin bagi orang lain, ianya satu nafas baru untuk dekat pada Allah SWT. Jadi itu ilmu yang penting bagi beliau! Bila hangpa asyik duk memerli je kecetekan ilmu orang yang baru nak belajar, lama-lama dia sendiri pun tertekan dan akhirnya lari dari majlis ilmu buat selamanya. Tak pepasal hangpa dapat dosa. Itu ke matlamat hangpa yang holier than thou ni?
Aku suka malah berbangga tengok orang-orang kita makin lama makin dekat dengan agama, tapi aku harap sangat bila korang yang dah beragama tuh, janganlah rasa diri kita ni lebih dari orang. Itu ujub namanya, dan salah satu bentuk syirik pada Allah SWT! Tak semestinya orang yang nampak macam lagha je dalam hidup dia tuh jahil dalam agama. Bersangka baiklah. Ntah-ntah orang yang kau rasa jahil tuh lagi banyak ilmu dari kau yang baru dua tiga hari ni je duk tadah kitab. Siapa tahu, kan?
Amalkan sifat semakin berilmu semakin menunduk. Insya Allah selamat semuanya.
Kredit : Komik Sarkazam
1 comments :
Penyakit orang kite. suke menganjing2