Tak Boleh ke Kita Sangka Baik? | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Tak Boleh ke Kita Sangka Baik? -

Tak Boleh ke Kita Sangka Baik?


Kalau dah benci, apa je benda yang dibuat oleh golongan yang dibenci, akan dipandang hina, walaupun benda tuh baik. Inilah perangai orang kita yang sampai sekarang sangat susah nak ubah. Segala amalan kebaikan tidak akan dipandang, malah akan dipersoalkan segalanya, apatah amalan keburukan, lagi la gegak gempita dibuatnya!

Aku perhati je perjalanan perhimpunan #BERSIH4 dari semalam (29 Ogos 2015), dan ternyata benda ni yang aku nampak. Ada gambar peserta perhimpunan yang mengutip sampah atau yang bersolat di jalan raya dikutuk, dihina, dan dilabel bermacam-macam. Yang buat aku lagi sedih, orang-orang yang mengutuk, melabel ini adalah orang yang menganut agama Allah yang menyeru umatnya bersangka baik dan meraikan orang-orang yang melakukan perkara-perkara kebaikan.

Adakah ini imej yang kita mahu tonjolkan kepada orang bukan Islam? Inikah yang dikatakan akhlak umat Islam yang patut dicontohi semua? Secara jujurnya, aku sangat malu dengan perlakuan depa ini. Kalau pun tak suka, janganlah dikutuk benda baik yang peserta himpunan buat. Kalau rasa nak kritik jugak, haa, kritik la perkara yang relevan seperti gesaan untuk jaga keamanan semasa perhimpunan, jangan buat bising, jangan buat onar dan sebagainya. Tunjukkan kita adalah orang yang bertamadun di dalam memberi kritikan!

Mengenai perhimpunan ini, aku menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Aku menentang sebarang provokasi yang boleh mencetuskan rusuhan di antara rakyat dan pihak berkuasa. Aku harap ianya berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertumpahan darah, Insya Allah


Kredit : Komis Sarkazam

Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails