Jangan Jadi Penyebar Fitnah! | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Jangan Jadi Penyebar Fitnah! -

Jangan Jadi Penyebar Fitnah!


Jika sebelum ini kita pernah berbicara mengenai kegemaran orang kita berkongsi berita melalui laman sosial, kita juga tidak ketinggalan, malah MASIH menjuarai pembawakan cerita secara lisan, atau lebih mesra untuk aku katogerikan sebagai berborak.

Siapa tak suka berborak? Kita semua suka berborak, tapi di mana nikmatnya berborak jika tidak ditambah pelbagai rempah ratus untuk menyedapkan cerita,kan? Haa, di sinilah muncul golongan di kalangan kita yang suka memperbesarkan cerita yang pada asalnya takdelah serius mana pun, tapi jika digoreng dengan betul, boleh menjadi isu yang berupaya menganggu-gugat negara!

Tapi mereka mungkin tak perasan yang menokoh-tambah cerita adalah salah satu dari cabang-cabang penipuan yang tidak membawa apa-apa faedah malah boleh membawa mudarat. Lagi teruk, ianya BERDOSA sebab MENIPU dan menjurus kepada FITNAH!

Jauhi fitnah, masyarakat mahmudah (Terpuji)


Kredit : Komik Sarkazam

Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails