Mengata Orang dia yg Lebih? Cakap tak serupa bikin! | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Mengata Orang dia yg Lebih? Cakap tak serupa bikin! -

Mengata Orang dia yg Lebih? Cakap tak serupa bikin!


Mulut terkumat-kamit mengeluh dan merungut apabila melihat gelagat masyarakat yang berada di depan mata, sangat tidak menggambarkan golongan yang bertaraf kelas pertama. Tapi dalam masa yang sama, dia sendiri melakukan apa yang dikeluhnya TANPA dia sedar. (atau dia sedar tapi dia rasa benda tuh tak salah, mungkin?)


Sebagai contoh yang aku nak bawa hari ini, isu yang masih lagi berlaku dalam masyarakat walaupun dah banyak kempen kesedaran diadakan dari masa ke semasa; buang sampah di jalan raya. Aku memang tak faham kenapa orang kita rasa susah sangat nak letak dulu sampah dalam beg plastik, bila jumpa tong sampah kat tepi jalan mana-mana ke, baru la buang sampah tuh. Susah ke? Seolah-olah macam melekat racun pulak sampah tuh kalau dipegang atau disimpan kejap.

Lepas tuh pandai pula menjawab, "eh, kan dah ada orang yang ditugaskan untuk mengutip sampah. Diorang dibayar kot! Biarlah kita bagi diorang buat kerja." Aku paling pantang orang jawab macam ni. Apa guna belajar tinggi-tinggi dan punya ijazah sarjana muda terpuji kalau sampah yang hang buang tuh kena kutip dengan orang yang takde ijazah macam hang? kat mana nak letak nilai ilmu yang hang belajar tuh?

Menyembang kencang nak masyarakat mencontohi masyarakat luar terutamanya Jepun dalam pelbagai sektor. Tapi kalau benda yang paling picisan seperti buang sampah dalam tong sampah pun hang tak boleh nak amal, tolong jangan sembang pasal benda lain yang lagi kritikal untuk diubah.

Segalanya bermula dari mentaliti. UBAH mentaliti, diri berkualiti


Kredit : Komik Sarkazam

Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails