Duduk Depan pun takut? | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Duduk Depan pun takut? -

Duduk Depan pun takut?


Korang ingat tak masa korang belajar dulu, tak kiralah selewat mana pun korang masuk kelas, mesti akan ada tempat duduk yang sudah tersedia untuk korang? Dan tempat duduk berkenaan kebanyakkan adalah area yang betul-betul kena hadap muka pensyarah, iaitu tempat-tempat duduk yang paling hadapan di dalam dewan kuliah? 

Benda ni berlaku bukan takat dalam dewan kuliah je. Kalau hang pi kursus kemahiran ke apa, selagi pengacara majlis tak tinggikan suara suruh hadirin penuhkan ruang hadapan, selagi tuh la majlis takkan dimulakan. Kalau hang pi masjid pulak, orang-orang tua la pulak yang jenis taknak penuhkan area depan ustaz yang nak mengajar, tapi kerja duk cari tiang masjid buat sandar. Tak pasal-pasal ustaz kena ajak duk rapat-rapat sikit.

"Ala, zaman sekarang kan dah ada pembesar suara? Buat apa nak duk depan lagi? Duk luar dewan pun boleh dengar daa."

Sebenarnya disuruh duk depan tuh bukan nak memudahkan pendengaran ko. Bila ko ajar diri ko duk depan, ko ajar diri ko untuk jadi lebih berani. Tak takut disoal, tak gentar dipanggil naik ke pentas, dan tak risau jika tersalah memberi jawapan. Secara tak langsung "self-esteem" ko sendiri akan meningkat. Bila ko duk depan, nak tanya soalan pun mudah. Jadi korang tak payah dah nak bayar khidmat kaunseling mahal2. Ini antara cara yang paling mudah dan cikai untuk didik diri ko jadi lebih berani.

Macam mana bangsa kita nak maju ke hadapan kalau disuruh duk depan pun sudah ketakutan?


Kredit : KomikSarkazam

Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails