Kita Nak Ikut Siapa? Apabila agamawan dengan agamawan saling bergaduh. | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Kita Nak Ikut Siapa? Apabila agamawan dengan agamawan saling bergaduh. -

Kita Nak Ikut Siapa? Apabila agamawan dengan agamawan saling bergaduh.


Apabila agamawan dengan agamawan saling bergaduh, siapa yang akan mati di tengah-tengah? Ya, orang awam. Masing-masing nak buktikan fahaman mereka yang lebih betul sehingga terabai akan tanggungjawab yang paling utama; iaitu mendidik masyarakat untuk menerima agama di dalam hidup.

Jadi, kepada agamawan sekalian, cuba letakkan diri korang sebagai orang awam untuk seketika. Tidakkah pergaduhan yang korang cetuskan setiap hari itu boleh mendatangkan kekeliruan terhadap masyarakat yang tidak punya ilmu setinggi kalian? Tidakkah korang terfikir akan amalan label melabel, kafir-mengkafir antara korang boleh menyebabkan masyarakat akhirnya BERHENTI UNTUK MENDEKATI AGAMA? Adakah itu matlamat utama perjuangan korang?

Oh, mesti ada yang pandai jawab; "kalau macam tuh, kenapa orang awam taknak buat kajian dan belajar yang mana satu fahaman yang betul? Itu salah mereka kerana malas nak mengkaji." Okay, korang kena faham, masyarakat ni umpama budak-budak yang banyak songeh. Kadangkala kau kena ikut rentak mereka untuk buatkan mereka dengar kata-kata kau. Kalau kau terlalu rigid di dalam berdakwah, siapa yang nak ikut kau nanti?

Di sini, fokus aku BUKAN nak buktikan siapa betul dan siapa salah, tapi hanya sekadar nak mintak korang BERHENTI DARI BERGADUH DAN FOKUS DENGAN DAKWAH MASING-MASING!

Harap korang sebagai orang alim boleh menerima teguran aku ni. Maklumlah, kebelakangan ni orang alim kan dah naik pangkat sebagai maksum


Kredit : Komik Sarkazam
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails